Tuesday, August 24, 2010

LAST DAY AT BUKIT CHERAKAH

8AUG :- 

Macam biasa,pagi-pagi solat subuh.. kemudian,jam 7.30, kami ada senamrobik tapi kali ni lain sikit dari biasa sebab kami belajar skipping.. benda ni aku penah jugak la main, ye la aku kan background sport sepak takraw, aku kena skipping untuk mendapatkan lompatan yang baik... ada macam-macam basic  untuk skipping ni..tapi aku lupe pulak name-name skill tu..haha..sorry la kawan-kawan,aku tak dapat nak share pulak...setelah selesai kami belajar, brader yang ajar kami skipping tu, disuruh oleh Encik Hisyam untuk tunjuk sikit demo...aku tengok brader tu buat demo, peh...terpegun aku weiii.....rupe-rupenye, brader tu player Malaysia untuk sukan skipping...patut la baikkk....selepas habis activity senam, kami balik ke camp site untuk sarapan...jam menunjukkan pukul 9.30 am, activity kami seterusnye ialah BLIND TRAIL...activity habis dalam jam 12.00 pm,kami balik ke camp site, dan kami di beri masa selama 10 minit untuk bersih kan badan,dan kumpulan lain sambung melakukan tugas mereka seperti camp craft, dorang kena buka camp dan kemas kawasan camp mereka juga diberi masa selama 10 minit untuk kemas...aku pergi toilet untuk membersihkan badan, tak perasan dah lebih 10 minit aku di toilet, setibanya aku di camp site, aku tengok Nasril (penghulu) dan Yana (penghuluwati) tengah buat starjump..aku pelik jugak mule-mule,kenapa dorang buat starjump, rupanya dorang kena denda la.....haha..kecian aku tengok dorang, rasa-rasa nye lebih 15 minit jugak la dorang kena buat..haha...kami diberi masa lagi sejam untuk kemas kawasan camp..kali ni, yang aku ingat Remy, Ilham, dan 2 orang dak jengka kena buat starjump jugak, di sebab kan kami lambat kemas kawasan kem.. kemudian kami di cabar lagi,suruh buka ikatan khemah,kemas,hantar barang ke tempat lori dalam masa 1 jam!! Dengan ada nya semangat kerjasama diantara kami, kami dapat menghabis kan tugasan dalam 45minit......ha,terer jugak kami rupenye,..hehehe..selesai semua tugas,,sekarang lunch time..habis makan kami diberi masa selama 1jam untuk menurunkan khemah pusat, dan kemas tempat dan barang makan,time ni kitorang lambat sikit semasa hendak berkumpul, membe aku,,Evenezer(Edo) kena buat starjump....ni first time aku tengok dia marah orang..habis keluar pekat sabah...hahaha..tergelak aku di buatnya..kemudian sampai la masa,kami bergambar beramai-ramai..dan majlis bagi hadiah kepada kumpulan yang  ada semangat kerjasama...Team aku la MENANG...haha..tak aku sangka, team aku yang aku ingat tak tercalon, rupenye menang..haha..dan aku ingat moto kami semua iaitu...Kerja,Kerja,Kerja!!!
Tiba la masa untuk pulang ke UITM Shah Alam...time ni aku tak berapa suka, biasalah, setiap pertemuan, mesti ada perpisahan...tiba la masa untuk mengucapkan selamat tinggal kat budak-budak Jengka dan Instead... Jaki ketua team aku, salam aku dekat 3 4 kali gak la time nak balik tuu..haha..si Nia pulak tak habis-habis ambil makanan hadiah tu..haha..tapi,nampak sangat berat hati masing-masing nak berpisah...tapi kitorang hepy lepas balik dari kem ni, banyak pengalaman baru aku dapat..dan yang penting, dapat ramai kawan baru.....hehe..soo, akhir  kata dari aku untuk kem ni, Standby for final camp at GOPENG!!!

ni Zaki, captain kumpulan aku ambil hadiah...

No comments:

Post a Comment