Thursday, October 21, 2010

NAVIGATION

solat subuh,masa ni kami dapat pujian dari Encik Hisyam... tetapi masa aktiviti malaysia cergas, rakan ku zaki dari jengka terlawan cakap Encik Hisyam, dan Encik Hisyam marah dan menyuruh zaki mengambil PFD dan kemudian direndam di kolam ikan..semasa zaki direndam, kami meneruskan aktiviti malaysia cergas dengan mood yang tiada.. selepas aktiviti ni, kami sarapan,tapi time sarapan pun kena marah...aduyaiii... kemudian kami meneruskan aktiviti Navigation... aktiviti ni tak banyak sangat dapat aku kongsi...navigation, majoriti dari kami semua da ada basic menggunakan kompas, semuanya jadi senang la..kami guna 3 tempat check point.. cam biasa, semuanya berjalan dengan lancar..haha.. aktiviti ni abis pada jam 10.30 pagi..tak sampai 2 jam pun..haha...

SURVIVAL

Survival…bunyi pun da menyeramkan..hehe..kami adalah pasukan yang pertama menjalani aktiviti ini…perasaan ku sudah tidak sabar lagi..hehe..sebelum memulakan aktiviti survival ini, kami di beri taklimat oleh Encik Shariman.. dan kami di beri duit sebanyak RM950 untuk membeli barang yang di jual oleh Encik Shariman sebagai bekal kami semasa kami di hutan nanti.. yang aku ingat senarai barang yang dijual seperti :

Telur sebiji RM 50
Air 2 botol RM 100
PFD 2 RM 100
Garam RM 50
Gula RM 50
Beras RM 100
Mastin RM 50
Lamp gas RM 100
Mancis RM 50
Lilin RM 50
Transport RM 100
Flyshet RM 100
Parang RM 50

Pasukan aku Sungai Gabai berbincang sesame sendiri dan masing-masing memberi pendapat..pada mulanya kami membeli telur, air, beras, mastin, flysheet, garam, lamp gas, parang dan mancis… kami bergerak menuju ke lokasi tanpa transport, perjalanan tidak la begitu jauh.. tetapi, setibanya kami di lokasi, kami di beritahu bahawa, jika tiada PFD tidak di benarkan pergi mengambil air di tasik…kami ber bincang dan kemudian kami memutuskan untuk menukar barang dengan Encik Shariman, kami menukar lamp gas bersama PFD… PFD kami tiba petang,.

Setibanya kami di lokasi, kami terus membahagikan tugas, yang perempuan cari kayu api, yang lelaki turut membantu cari kayu, dan membersih kan kawasan dan mendirikan khemah..semasa aku pergi mencari kayu, aku terjumpa akar dahan yang boleh dijadikan tali..Alhamdulillah, dengan adanya tali tu, ianya memudahkan kami untuk mendirikan khemah.. kami siap mendirikan khemah pada jam 12.30 tengahari, khemah yang cukup simple, berbumbungkan flysheet, berlantai kan daun pisang…kami berehat dan solat zuhur bergilir-gilir.. kawasan kami tu memang laluan kambing..ada banyak kambing di kebun sebelah..

Apabila Encik Shariman memberi PFD pada kami, kami terus mengambil air di tasik itu untuk membuat air minum…. Air yang kami masak kemudian aku minum, dan terasa la nikmat nya air berperisa asap…haha.boleh la..dari tak ada air…ada 1 lagi pengalaman baru bagi aku, Hannul menyuruh aku menebang pokok pisang, kemudian dia memperkenalkan makanan baru bagi ku, umbut pisang.. tak penah aku makan, tapi boleh tahan juga la.. boleh dijadikan snek..haha..semasa mengambil air di tasek, aku mandi air tasik tu, dengan menggunakan baldi..nikmat nya bila dapat mandi..

Hari makin petang, kami masak air untuk di minum dan untuk masak bubur..dan kami mencari kayu api lagi.. kami menjumpai pokok kelapa yang dah mati, aku, rashdan, dan samsudin serta syazwan berusaha menebang pokok itu.. dengan tenaga yang ada, kami Berjaya menjatuhkan batang kelapa itu… aku rasa bekalan kayu api kami dah mencukupi, sebab da banyak..pada jam lebih kurang 6.30 petang, Encik Hisyam, Encik Azizul, Encik Shariman dan fesi-fesi datang dan melihat khemah kami…

Hari makin gelap, tiba-tiba fesi datang ke tempat kami dan mengarahkan kami berpindah lokasi..peh!! aku tergamam sebentar, dan aku mula mara-mara..tapi, bila di fikir kan balik,mungkin mereka nak memberi kami pengalaman… kami pun bergerak bersama fesi denga membawa barang yang perlu sahaja.. kami hanya dapat bawa barang-barang alatan, kayu api sikit, dan daun pisang..aku tidak sempat menjamah bubur yang dimasak oleh Hannul..

Setibanya dilokasi baru, kami terkejut kerana melihat persekitaran kami yang penuh dengan lalang, dengan hari yang makin gelap menyukar kan kami untuk kayu api dan mendirikan khemah.. aku terdiam sebentar sambil memikirkan bagaimana untuk mendirikan khemah dengan alatan yang tidak cukup..akhirnya aku dan rakan-rakan bersetuju untuk mendirikan khemah yang agak biasa tapi masih lagi okey…akhirnya khemah siap dibina, walaupun tak seberapa, tapi kami berbanga kerana dapat menyahut cabaran yang di beri..sambil kami mendirikan khemah, rakan kami yang lain membuat unggun api… kemudian aku menebas lalang di sekitar supaya kawasan aku selamat dari binatang…sementara itu, rakan ku ada yang pergi mencari pelepah untuk dijadikan kayu api…
Aku tak tahu sudah jam berapa, aku terus berjagasementara ada ai kami yang tidur..mungkin sebab mereka penat…tak lama kemudian rashdan bangun, aku pula baring dan terlelap..kemudian aku terjaga, aku melihat rashdan, samsudin, dan syazwan sedang menjaga api dan mencari kayu api.. aku turut bangun dan menolong mereka…tak lama kemudian, rashdan, samsudin dan syazwan tidur, tinggal aku sorang menjaga api..
Sampai satu ketika semua ahli kumpulan ku bangun, kami sempat berborak dan aku dengan meg, pergi mencari kayu api di kawasan berdekatan..tiba-tiba aku ternampak beberapa orang, aku da tahu tu fesi, aku bagi password `kuda terbang` 3 kli tapi tiada respon..patut pun dorang tak jawab, aku bagi password penuh, patutnya aku bagi `kuda` je..haha

Hari makin sejuk dan malam makin nak subuh.. kami bergilir-gilir menjaga api..matahari sudah naik, dalam kiraan aku, jam lebih kurang jam 7 pagi, masing-masing tak sabar nak balik..tapi Encik Shariman tak sampai lagi..sementara menunggu, aku dan samsuddin pergi ke kawasan sekitar, dan menjumpai buah kelapa 2 biji, itu la jadi sarapan kami… Encik Shariman muncul pada jam8 pagi,kam dibawa pulang ke camp site dengan cenderahati yang nyamuk bagi pada kami…..

HAI LEMAK MANIS

game ni di beri nama lemak manis..mula-mula.. kami kena pergi mencari petunjuk..petunjuk pertama bertempat di pokok dan di bawah pelita..kemudian kami cari klu kedua... seterusnya ke 3,kami tak tahu di mana hendak di tuju, muncul seorang nenek yang agak menyeramkan..haha..kami memenuhi permintaan nenek tu, dan kemudian nenek tu memberi klu kepada kami, dan klu tu membawa kami kepada orang yang banyak berjasa.. kami pergi ke pensyarah jengka,kami memenuhi permintaan beliau, tapi akhirnya kami salah orang.. aduh..frust nya... kemudian kami terfikir Encik Azizul..kami pergi berjumpa Encik Azizul, dan Hazwan membuka pantun dengan penuh bergaya..tetapi,pabila Encik Azizul ingin melihat wisel, tapi sayang ada seorang anggota kami tidak ada wiselnya..selepas dia mendapat kembali wiselnya, kami pergi semula berjumpa encik Azizul..dan akhirnya kami berjaya mendapat klu seterusnya..klu kali ni, kena pergi berpantun dengan fesi...di sini kami banyak buang masa... tapi pada jam 5 pagi, kami berjaya meneka dengan tepat.....akhir sekali klu kami pergi ke suatu tempat dengan bantuan coordinat yang diberi, kami menemukan hasilnya walaupun susah di dalam tanah....tapi kami berjaya jua...

CAMP CRAFT

Setelah balik dari survival dengan perut yang lapar, kami makan bubur yang dimasak oleh kawan-kawan ku... Thanx my friend..!! aktiviti kami pagi ni adalah camp craft... tak la susah sangat..hehe..Cuma kena buat longkang di khemah pusat dan khemah masakan, buat ampaian untuk camp lelaki & perempuan, dan tolong ahli memasak...yang aku suka masa camp craft ni, perut kami sentiasa terisi..hehe.. puan Aini baik orangnya..hehe..

TUGAS AKU BIRO MAKANAN

Untuk final camp kali ni, aku sebagai ketua biro makanan dan di bantu oleh rakan baik ku Hizami.. Masa aku dapat jawatan ni, aku da pelik, yela tak kan la biro makanan dua- dua lelaki... aku da la tak tahu sangat pasal makanan ni..makan aku tahu la..haha.. tapi aku terima cabaran ni.. pengarah program menerangkan dengan lebih lanjut tentang tugas aku.. tugas aku nanti adalah sediakan air untuk final camp, cari catering, buat menu makanan, buat jadual sentri untuk sarapan... ni antara tugas-tugas yang aku kena buat..
Kemudian aku diberikan number telefon biro makanan Jengka iaitu Hannul.. Selepas dapat number fon, aku mula berurusan dengan dia.. kami membahagikan tugas , Shah Alam sedia kan air, Instedt pula bawa beras, manakala Jengka menyediakan bahan mentah dan barang dapur.. kemudian Jengka memberitahu barang dapur yang mereka tidak ada dan kami bantu.. seperti dapur 1, tong gas 1, bekas air 1, dulang 4,cawan dan mangkuk..


23/09/2010 – Khamis

• Malam, saya dan hizami berbincang tentang menu makanan yang akan kami masak ketika di kem nanti. Setelah siap menu tersebut, kami menghantar kepada biro makanan jengka untuk mendapat persetujuan dari pihak mereka.

27/09/2010 – Isnin

• `deal’ dengan catering untuk memastikan tempahan semasa kami di kuarintin di kenanga. Kami memberi akak catering menu yang kami perlukan semasa di kuarintin.



30/09/2010 – Khamis

• Kami datang ke gerai akak catering untuk menanyakan `budget’ untuk makanan yang kami tempah.
• Setelah diberitahu budget makanan, kami memberitahu pada pihak Jengka tentang harga makanan.
• Kami di beritahu dari pihak Jengka bahawa mereka memerlukan dapur,tong gas, bekas air, cawan, mangkuk dan parang pemotong daging.
• Kami bergegas ke stor untuk periksa barang yang diminta oleh pihak Jengka.

01/10/2010- Jumaat

• Kami diberitahu bahawa ada penambahan untuk catering. penambahan untuk student degree serta PLK.
• Kami bergegas berjumpa catering yang menguruskan makanan kami untuk memaklumkan penambahan student.
02/10/2010- Sabtu

• Kami mencari maklumat dan menyediakan resepi atau cara-cara memasak. Kami juga menyediakan sentri untuk kumpulan yang bertugas untuk memasak sarapan.

04/10/2010- Isnin

• Kami dapat maklumat dari pengarah Shah Alam berkenaan VIP yang akan hadir pada malam perasmian dan penutup.
• Kami berbincang dengan catering untuk membuat kelainan pada VIP.

05/10/2010- Selasa

• Kami berhubung dengan catering untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
• Kami memeriksa barang dapur di stor untuk memastikan barang yang diperlukan semasa di Gopeng Lengkap.

06/10/2010 – Rabu

• Kami menerima duit untuk deposit catering sebanyak RM 1000, manakala untuk membeli air di beri RM 500
• Kami bergegas ke destinasi yang diarahkan untuk menyerahkan amanat.
• Kami membeli barangan minuman di kedai 99speedmart di seksyen 7 dengan bantuan Rashdan yang membawa kereta.
09/10/2010 – Sabtu

• Setibanya kami di Gopeng,kami beri kepada pihak Jengka barang-barang yang diminta.
• Kami mengemas dan menyusun barang-barang di tempat yang disediakan.
• Kami menampal resepi, jadual sentri sarapan, serta menu harian kami sepanjang di Gopeng.
13/10/2010 – Rabu

• Pagi, kami mengasing kan barang- barang sambil membuat kiraan semula melalui check list milik Jengka, Shah Alam dan Instedt.
• Setibanya di Shah Alam, kami `loading’ barang dari lori.

14/10/2010 – Khamis

• Setelah selesai semua, kami memasukkan barang- barang dan membuat check list sekali lagi sebelum kami simpan barang ke dalam stor.
• Kami membayar baki catering untuk student diploma sahaja.
• Kami memulangkan duit baki pembelian air yang kami beli pada 06/10/2010 kepada bendahari iaitu Balqis.

DARI SHAH ALAM KE GOPENG

09/10/2010

Seperti biasa, bangun pagi solat subuh, sarapan..kira-kira jam 8.30, lori tiba, kami loading barang dan bertolak ke camp murni.. Setibanya di Gopeng yang mengambil masa 2 jam perjalanan untuk tiba di Gopeng.setibanya kami di Gopeng, kami diturunkan di jalan besar dan beramai-ramai bejalan untuk ke camp murni..perjalanan yang kami tempuh anggaran dalam 6 km..tapi, jalan beramai-ramai ni tak terasa penatnya.. setibanya kami di campsitekami yang berada mengikut gunung diberi tugas masing-masing untuk mendirikan khemah.. Team aku Gunung Santubung dsiberi tugas untuk mendirikan khemah pusat.. untuk mendirikan khemah pusat kali ni agak susah keranajarak antara pokok agak jauh,jadi, kami di ajar menggunakan pool.. hari makin gelap, senja makin tiba..khemah pusat tak Berjaya didirikan lagi..kami berhenti seketika kerana solat maghrib..selepas itu, kami sambung kerja.. akhirnya khemah pusat Berjaya didirikan dengan semangat pasukan yang tinggi..hehe..pada malam tu, ada aktiviti LEMAK MANIS...

HARI PERPISAHAN

selepas solat subuh, kami bergotong royong cuci khemah.. kami bermula pada jam 6.40 pagi..dan selesai kira-kira jam 10.30 pagi..selepas siap cuci, kami sarapan beramai-ramai...

kemudian kami diminta berkumpul di satu kawasan, post mortem kali terakhir...kali ni kami mula terasa sebak..kerana kami tahu kami akan berpisah... semasa kami salam beramai-ramai aku da terasa suasana sedih...

mase ni, ada juga yang bergambar...haha.. tapi, dengan adanya kem ni, aku mempunyai ramai kawan... TAMAT FINAL CAMP!!

MALAM PENUTUP

malam ni tema kami berbaju melayu...wahh.. beraya la ni..hehe..dalam masa setengah jam, kami di arah berbincang mengikut bukit, untuk melakukan persembahan...

dalam setengah jam aku tak tahu nak buat persembahan pe...kami dapat idea, kami buat sketsa pendek..haha..walaupun tak berapa menarik, tapi kami enjoy...haha..

kumpulan lain punya persembahan pun boleh tahan menarik...tapi aku respect demo(syazwan)...dia main gitar pehh..baik giler la..

Bukan kami je yang buat persembahan, budak degree pun buat persembahan juga..begitu juga dengan fesi...

malam penutup berjalan dengan lancar..tapi, aku tak tahu, siapa yang kantoi merokok....kalau ye pun tunggu la esok...nak abis da kem ni...aduyaii...

BREAK CAMP...

selepas solat subuh, malaysia cergas, sarapoan, kami kemas camp site..nak balik da..hehehe..kami siap kemas barang dan loading barang kedalam lori dalam jam 12 tengahari..kemudian kami pulang ke shah alam...masuk je dalam bus aku tak banyak cakap dan tak tahu siapa duduk di sebelah aku,aku terus tidur...hahaha..sedar-sedar da dekat kenanga.. terkejut aku.. haha..

kemudian kami loading barang ke stor di kenanga..tapi aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur dalam stor tu..hahaha..mungkin sejuk sangat kot..haha..sedar-sedar abang wan stor kejut, dia bagitahu instruktur da panggil, kelamkabut aku..hahaha... kemudian kami bersiap untuk malam kebudayaan....

POST MORTEM 12/10/2010

Pada, malam ni post mortem seperti biasa...tapi,sebelum tu kami di arah keluar dari khemah pusat, untuk lantik penghulu dan penghuluwati baru..penghulu baru ialah hizami dari shah alam dan pasangan nya izaty dari instedt.. aku tak tahu kenapa malam ni pensyarah yang ada semua nya kawal marah atau tak marah..pada malam ni, rakan ku asirul dan seorang lagi, di tangkap tidur ketika rakan sedang bercerita..asirul di denda.. membuat latar muzik thailand dan rakan nya kena bersilat..haha..kemudian aku pergi membetulkan generator..aku tak tahu apa selebihnya terjadi..haha.. kemudian kami di beri taklimat untuk pergerakan esoknya...dan kemudian, di teruskan dengan sentri..

MENEROKA GUA KANDU

Di sebelah petang nya pula, kira-kira jam 3 kami melakukan aktiviti meneroka gua kandu..peralatan yang kami bawa untuk pergi ke gua ialah head lamp, sapu tangan,air,dan topi..setibanya kami di situ, kami ,meneruskan perjalanan ke dalam gua ..pehhh... penat memang penat...tapi tiba di pintu gua, kami berdoa semoga kami dijauhi benda buruk, dan betulkan niat kami..

gua tu tempat bersejarah, tapi kenapa ada insan yang sanggup menconteng di dinding gua?kami dapat melihat pelbagai keajaiban ALLAH.. seperti, bagaimana batu-batu itu terjadi bentuk seperti seorang tua bagai menyambut kedatangan kami, seperti seekor singa dan gajah..kristal...air yang sentiasa mengalir dari batu,..terdapat juga telur dinosour yang besar,serta berakar...yang peliknya akar tu boleh hidup...

kemudian, tiba di satu tempat yang mempunyai pemandangan yang amat indah.. dari tempat tu, kami dapat melihat matrikulasi negeri perak...aku kali pertama masuk gua..aku di beritahu, jika di gua lain, semua da ada kemudahan,so, tak mencabar la..haha..kami selesai aktiviti caving ini pada jam 6.30 petang..dan kemudian pulang ke kem murni...

TUBING

12/10/2010- SELASA

Solat subuh dan malaysia cergas seperti biasa, kemudian sarapan..tiap kali nak makan, mesti kena mara...elok-elok berselera, terus kurang selera,...

pagi ni aktiviti kami adalah tubing..haa.. ni la yang kami tunggu..hehe... kami memeriksa peralatan untuk tubing ini,dan memastikan semuanya cukup..kemudian kami loading barang, dan 12 orang diarah menaiki lori tersebut untuk ke destinasi aktiviti..
setibanya kami 12 orang terawal di destinasi, kami loading barang, dan kami di ajar cara untuk menggunakan safety line..cara membaling.. masa baling tu, macam-macam kerenah ada..ada yang tersangkut atas pokok..haha..tak lama kemudian. lori datang membawa bilangan ahli kumpulan kami yang selebihnya... untuk aktiviti kali ni, miss ain dan Encik wan Faizal Iskandar turut serta dalam melakukan aktiviti ini....

kemudian kami dibawa ke tepi sungai, untuk diajar tentang bagaimana cara untuk bergerak semasa dalam air...aktiviti kali ney dimbahagi kan lagi kepada 1 group ada 5 orang.tapi group aku special sikit, kami mempunyai 4 orang sahaja... aku, logman, hazwan, dan hilmi reits..hehe.. dan kami berada di kumpulan ke 5 dari 6 kumpulan...

kami dilepas kan mengikut kumpulan tadi... kumpulan yang pertama tadi menggunakan kayak single....yang lain semua naik tiub....kami dilepas kan satu persatu mngikut group..masa mula di lepas kan, best giler....haha.. semua selamat sampai di check point first.. tetapi kegembiraan tukar menjadi sesuatu yang tidak best..kerana kami dimarahi oleh fesi kami kerana kami bawa tiub lebih..dalam 8 tiub lebih..kami berhenti di check point pertama ini untuk membuang angin supaya kami dapat mengurangkan kuantiti itu..selama sejam kami berada disitu...miss Amy pun da hilang mood.. akhir nya kami dapat meneruskan perjalanan..kami menuju ke check point seterusnya..

di check point ke 5, dimana tiba giliran aku untuk merasa kayak pula..hehe.. semasa berkayak, tiba di satu jeram yang deras, aku yang ingin mengelak rakan ku di depan, aku tercapsite..haha..kami meneruskan perjalanan sehingga hujung..aktiviti ni memang menyeronokkan..memang TERBAIKKK...hehe..

MALAM POST MORTEM 11/10/2010

Selepas semua habis makan malam,tiba masa untuk post mortem.. setiap group akan menghantar seorang wakil untuk menceritakan tentang apa yang mereka lakukan pada hari tersebut..

Group aku menghantar Hannul sebagai wakil..setelah wakil group pertama ceritakan kisah mereka, tiba la group kami untuk menceritakan..sebelom Hannul sempat mencerita kan pengalamannya,Encik Hisham menanyakan satu soalan padanya, ``sungai Gabai terletak di mana?`` Hannul tidak dapat menjawabnya.. dan Encik Hisyam mula marah kerana kami tidak membaca buku gerak kerja yang di sediakan..

Suasana jadi semakin tegang, Encik Hisyam mengarahkan kami semua untuk mengambil semua buku gerak kerja, dan di minta kumpul... Encik Hisyam menyuruh Hannul bakar buku tu satu demi satu.. Hannul dengan perasaan sedih membakar buku itu.. aku kesian tengok hannul..malam menjadi semakin panas... kemudian muncul kecik ( diya) memohon maaf kepada Encik Hisyam tapi Encik Hisyam tak mengendahkannya..

agak lama ketegangan ini berlaku...sewaktu encik Hisyam menyuruh mereka duduk dengan nada yang marah, tetapi ,mereka tak mengendahkannya aku berkata, korang duduk la, pasal buku nanti aku email.. niat aku hanya untuk menyuruh kawan-kawan ku duduk dan mendengar kata Encik Hisyam.. tetapi mungkin mereka salah anggap, dan terus marah.. aku rasa serba salah.. sejak malam tu, aku rasa down sangat..tapi mungkin salah aku, terlebih kata..

Ucapan ni khas buat Encik Hisyam.. SAYA AMYRUL SHAFIQ BIN SHAMUDDDIN, BERKATA BENAR, SAYA TIDAK TERNIAT UNTUK MELAWAN, ATAU BERSIKAP KURANG AJAR TERHADAP ENCIK HISYAM.. MUNGKIN INI HANYA SALAH FAHAM..TAPI SAYA BETUL-BETUL MINTA MAAF...TIDAK TERNIAT DI HATI SAYA UNTUK BERSIKAP BIADAP.. KESILAPAN SAYA HARAP DI MAAF KAN...

Selepas daari malam tu, Hannul di naik kan pangkat, jadi fesi kami... kena panggil Cik Hannul...

LOW ROPE COURSE

Encik Iryanto bin Saiyidin mengambil kami untuk aktiviti seterusnya iaitu Low Rope Course.. Bila dah nama ada `Rope` ni, mesti berkaitan tali punye...siapa yang terer ikatan, compom tak ada masalah..hehe..kalau bab ikatan, insyaallah aku da okey..hehe.. kebetulan masa kami nak memulakan aktiviti, Dekan pun sampai, dan melihat kami lakukan aktiviti..

kemudian kami dipecah kan kepada 3 orang 1 kumpulan.. Group aku pilih halangan postman.. group lain ada yang buat commando, X style, dan tyrolem traverse..semasa kami sedang membuat ikatan, hujan turun dengan lebat..kami berlari ke khemah yang berdekatan...aku melihat group lagi satu sedang membuat longkang, aku dengan segera pergi mengambil cangkul dan membantu mereka.. barulah kerjasama namanya...hehe..tapi hujan tu hanya sementara, kemudian kami sambung melakukan aktiviti..

tiba-tiba aku terfikir, camne la kawan aku yang tengah survival tu..kayu api mesti basah..kecian dorang..
setelah siap kami semua membuat ikatan, kami diberi peluang untuk bermain permainan itu..tapi malangnya, tyrolem traverse tak dapat kami lakukan kerana talinya tidak cukup tegang untuk menampung walau seorang pun...kami hanya dapat membuat 3 halangan sahaja..

tapi kami tetap puas hati..selesai semua orang lakukan halangan tersebut, kami semua pergi ke sungai..apalagi, basuh tali laaa..setiap seorang pegang sepanjang 6 meter untuk dibasuh..

Wednesday, October 20, 2010

FIRST DAY AT FINAL CAMP ! !

Setibanya semua pelajar di kolej kenanga Shah Alam, kami terus di kuarintin..hari pertama kami disini tak banyak aktiviti..cuma kami dipecah kan mengikut group besar yang mewakili Gunung Santubung, Gunung Tahan, Gunung Ledang.. Gunung Santubung mewakili bukit-bukit seperti bukit Fraser & bukit Broga.. Gunung Tahan pula mewakili bukit Bendera & bukit Larut.. Gunung Ledang pula, mewakili bukit melawati & bukit kepong.. dalam setiap bukit pula, terdapat sungai.. bukit Fraser mempunyai sungai Rajang & Gabai.. bukit Broga pula, sungai Kinabatangan & Tembeling.. bukit bendera, sungai Bidor & Padas.. bukit Larut, sungai Kinta & Galas.. bukit malawati, sungai Langat & Tekala..bukit kepong, sungai Bernam & Kesang..

Pada malam ini juga, berjalan nya upacara pembukaan... Setelah selesai ucapan, kami di benar kan makan..kemudian, kami dibenarkan tidur dengan setaip Gunung perlu mengikut sentri yang telah di sediakan..

Aku Gunung Santubung, Bukit Fraser, Sungai Gabai,, mendapat sentri pertama berjaga pada jam 12.00 a.m- 02.00a.m...setelah selesai sentri kami, kami dibenar kan tidur didalam class..dalam class tersebut teramat la sejuk...

FINAL CAMP ! ! !

Final camp kali ni diberi nama '' EXTREME OUTDOOR EXPIDITION''...untuk final camp nim, aku memegang jawatan sebagai BIRO MAKANAN (ketua).. tugas aku kali ni lebih sukar berbanding tugas aku pada first kem aku memegang jawatan sebagai biro kenderaan..Setahu aku ahlimkami dari Shah Alam, Jengka, Instedt adalah seramai 89 orang.. tetapi terdapat 2 org tidak dapat ikut aktiviti kami kali ni.. seorang dari instedt dan seorang lagi dari jengka..keseluruhan student kami pada final camp ni sejumlah 87 orang sahaja...

FLYING FOX

Flying Fox, di buat di kawasan pool,tempatnya tak tinggi, tapi still okey lagi.. Sekali lagi kami di bantu oleh brader Mubin.. Beliau mengajar kami cara ikatan untuk flying fox.. Flying Fox ni kami kena pasang sendiri.. sekarang kan dah ada mesin untuk tarik tali supaya tegang, tapi kami guna kaedah tradisional..hehe.. kami tarik beramai-ramai..baru la terasa semangat kerjasama...hehe..masa tarik tali tu, aduyai...rasa macam nak terputus segala urat yang ada ni..dengan perut kosong lagi... tapi takpe, sekurang- kurang nya, kami dapat pengalaman yang tidak dapat di jual beli... setelah semuanya siap di pasang, kami melakukan cabutan undi bagi menentukan siapa yang akan melakukan aktiviti ni dahulu.. aku orang yang ke-4..setelah semua bersedia untuk melakukan flying fox, kami diberitahu oleh Encik Hisham bahawa kami tak dapat melakukan aktiviti ni...kerana tali yang kami tariuk dan ikat tadi, 'burn'... tali ni first time digunakan oleh Encik Hisham..muke sume da macam cuke da..haha.. tapi bagi aku, Allah masih sayang kan kami..ALHAMDULILLAH... hati kami di ubati dengan nasi lemak yang di bawa oleh Encik Hisham.. Ley tahan sedaponya..hehe,, tapi, kalau perut da lapar, makan pe pun jadi sedap..haha...pape pun, aktiviti kali ni, kami dapat belajar cara untuk memasang & mengikat tali flying fox..

Tuesday, October 19, 2010

KAYAK AT TASEK SHAH ALAM

Pada 23hb september 2010, kami melakukan aktiviti berkayak. Kami berkayak di tasik Shah Alam. Untuk aktiviti kayak ni di uruskan oleh Mohammad Asirullah bin kamar, dia juga player UITM & Malaysia. Sebelum kami memulakan aktiviti kayak, Encik Hisham member taklimat dan memperkenalkan serba sedikit tentang kayak dan yang paling penting, anatomy kayak.

Pada hari ni juga, kami baru nak belajar pegang padle & cara mengayuh. setelah selesai taklimat yang diberi, tiba lah masa untuk demonstrasi kayak. Aku dan Asirul jadi volunteer untuk melakukan demo ni, kami menunjukan cara forward, backward, capside, tanda isyarat,dan lain-lain. first time capside, aku agak gelabah tapi semuanya berjalan dengn lancar..
Semua student SR113 turun dengan pasangan dan kayak masing-masing.. tapi kali ni aku dapat naik kayak single..hehe.. susah jugak nak control asyik berpusing je aku kat tasik tu..tapi, walaupun berpusing- pusing sepanjang round tasek tu, aku belum penah capsite lagi..kire terer la aku..hehe..

Setibanya di penghujung tasik itu,yang berhampiran dengan Masjid Shah Alam, kami semua berkumpul..dan disinilah kami mengcapsitekan kawan-kawan ku semua..hehe, akhir sekali kami mengejar Encik Hisham sebab kami nak capsite kan beliau juga..hehe..setelah jauh mengejar, akhirnya misi kami untuk capsite kan Lecture kami berjaya...MISSION COMPLETE... hehe.. kami kayuh kayak ke tempat permulaan, kami menaikkan kayak, buang air dalam kayak,kira barang dan terdapat PFD yang hilang.. activiti kami berakhir pada jam 1.30 tengahari.. jam 2 ada class BEL, nasib baik dengan budi bicara Puan Mastura, clas dilewat kan ke 2.30 petang...

ABSEILING AT MENARA S&T

untuk class Outdoor kali ni, kami akan melakukan aktiviti Abseiling. kami diberi pilihan sama ada ingin melakukan aktiviti ini di menara S&T tingkat 11, atau di kawassn kolam. kami sepakat memilih untuk melakukannya di menara S&T. untuk Abseiling ni, aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan barang-barang keperluan dan surat menyurat. hari yang di tunggu kian tiba, seawal jam 7 pagi, aku dibantu oleh rakan ku untuk membawa barang peralatan dari stor ke lokasi Abseiling.. Aktiviti bermula dengan lancar pada jam 8.30 pagi tepat. tapi macam biasa, Zakwan Ahmad lambat sikit.. agaknya dia ikut masa jepun kot..haha.. kami memulakan aktiviti dengan dibantu oleh brader-brader degree seperti brader Mubin yang banyak membantu kami.. untuk melakukan Abseiling ini, ada 3 style yang diperkenal kan kepada kami, seperti turun biasa, Australian styLe, serta Spider style.. Arabian style takda lagi...hehe..aku memilih Australian style, walau pun aku mengaku aku gayat, tapi aku cuba melakukannya juga..hehe..student perempuan kami semuanya melakukan turun biasa, Australian kebanyakan lelaki, Spider kalau tak silap aku, cuma Fuad, Rahimi dan Zakwan Ahmad je yang lakukan..semasa kamki melakukan aktiviti ini, ramai student S&T tengok kami..nilah kelebihan SPORTREC..hehe.. ramai rupenya yang takut tinggi,kita dapat tengok dari muka dorang sebelum dorang turun melakukan Abseiling..diam dan tak ley senyum da..haha.. Aktiviti kami tamat pada jam 1.30 tengahari..Alhamdulilah, semuanya selamat...