Tuesday, August 24, 2010

FIRST DAY INTRO CAMP

6AUG 2010:- 

Pagi-pagi sampai di stor kenanga  dalam jam 9.15 am, aku tengok baru berapa orang je yang ada.. separuh lagi tak sampai..Fesi insted da mara kami, sume muke da cam cuke.. dari jam 9.30 am masa dijanjikan, jam 10.30 baru la lengkap semua budak shah alam.. yang aku tahu,, biasa la kalau budak-budak ni datang lambat ckit, standard budak sukan..haha..tapi walaubagaimana pun, diharapkan semua budak sport berubah la...haha..aku ingat da tak ada masalah, rupenye ada lagi.. Fesi nak bahagian kenderaan cari lori untuk angkut barang ke Bukit Cherakah..bahagian kenderaan aku dengan Nasril pegi unit kenderaaan, slow talk, akhirnya dengan belas ikhsan dorang, kami dapat pinjam 1 van.. Dalam jam 12tgh, budak-budak jengka pun tiba dengan 2 bus.. First impression aku dekat dorang,dorang berlagak..ye ar, turun dari bus tak tegur kami pun...Lepas sembahyang jumaat, perjalanan kami pun bermula, dengan melangkah kaki kanan ke dalam bus menuju ke destinasi..apabila tiba di camp site, fesi briefing, then kami dibahagi kepada kumpulan.. Aku dalam kumpulan 6, budak shah alam dalam kumpulan aku, aku(amyrul), Hizami, dan Farhanin.. selebih nya budak UITM jengka, Nia, fana, shu, zaki, nabil, sase, muaz dan zizi.. selepas diberi kepada kumpulan, kami di beri tugas pula, setiap kumpulan ada tugas masing-masing.. kumpulan aku diberi tugas untuk menyediakan khemah peralatan.. ha.. macam senang, kami diberi mase 1jam untuk mendirikan khemah.. dengan penuh semangat kami pergi ke lokasi dimana khemah peralatan ditempatkan..first, aku buat simpulan manok,,ok menjadi..di pokok lagi 1, aku buat manok,alamak,lupa buat butterfly,bukak balik..sejam berlalu,khemah peralatan tidak juga siap..nasib baik bukan kumpulan aku je yang tak siap, banyak lagi kumpulan yang tak siap..fesi beri mase lagi sejam, kami buat lagi..selepas sejam,khemah masih tak didirikan lagi..akhir sekali,dengan sedikit bantuan fesi, berdiri jua kjhemah peralatan yang dikehendaki..aku akui silap kami pada mulanya kerana tidak bertanya pendapat fesi,,tetapi, banyak sangat minta pendapat fesi juga tak elok..kerana lain fesi lain pendapat.....akhirnya semua khemah siap dibina..Cuma khemah pusatada masalah kerana lampu tidak dapat dihidup kan,,biasa la,kami budak sukan bukan engineering..hehe..


Hari semakin gelap, itu menandakan malam hampir tiba...bila malam, macam biasa makan time..! haha..masa makan, ni pun salah satu pengalaman baru bagi aku, kami makan dalam dulang  beramai-ramai,tapi mengikut kumpulan.. satu kumpulan 2 dulang.. bagus benda ni sebenarnya dapat merapat kan ssilaturrahim sesama manusia..sedap jugak budak-budak sukan ni masak rupanya..hehe.. setelah selesai activity makan, tiba lah ke activity seterusnya iaitu solat isyak dan bacaan yasin.. semasa activity bacaan yasin nak bermula, aku  ingat kan kawan aku sorang ni main-main, dia cakap dia nak baca yasin guna microfon..bermula la sudah bacaan..tidak aku sangka-sangka kawan aku Zaqwan Ahmad(kepeng) muke ganas, baca yasin, peh..syahdu gilerr.. terpegun budak-budak laen.. tahniah kepeng, ko telah membuka mata diorang semua..betul cakap orang,muke ganas tapi dalam hati ada taman..hehe..then kami ada activity ICE BREAKING, kemudian ada kelas knotting sekejap..time class knotting ni semua student mate dah macam 1oo tan berat nye..haha..selepas class knotting,dalam kul 4.30, kami semua diarahkanbalik khemah untuk berehat sebelum menjalani hari-hari yang mendatang..tapi malang bagi team aku, kena bertugas,,Aaarrghh! Tak dapat tidur lagi..tapi tak lama kemudian jam pun dah jam 5,dapat la tidur kejap..peh.. baru aku tahu nikmat nye walaupun tidur setengah jam..


setiba nya di Bukit Cherakah....



mendirikan khemah peralatan...


semangat kerjasama yang kuat...



tangga tak ada..haha..

No comments:

Post a Comment