Thursday, October 21, 2010

TUGAS AKU BIRO MAKANAN

Untuk final camp kali ni, aku sebagai ketua biro makanan dan di bantu oleh rakan baik ku Hizami.. Masa aku dapat jawatan ni, aku da pelik, yela tak kan la biro makanan dua- dua lelaki... aku da la tak tahu sangat pasal makanan ni..makan aku tahu la..haha.. tapi aku terima cabaran ni.. pengarah program menerangkan dengan lebih lanjut tentang tugas aku.. tugas aku nanti adalah sediakan air untuk final camp, cari catering, buat menu makanan, buat jadual sentri untuk sarapan... ni antara tugas-tugas yang aku kena buat..
Kemudian aku diberikan number telefon biro makanan Jengka iaitu Hannul.. Selepas dapat number fon, aku mula berurusan dengan dia.. kami membahagikan tugas , Shah Alam sedia kan air, Instedt pula bawa beras, manakala Jengka menyediakan bahan mentah dan barang dapur.. kemudian Jengka memberitahu barang dapur yang mereka tidak ada dan kami bantu.. seperti dapur 1, tong gas 1, bekas air 1, dulang 4,cawan dan mangkuk..


23/09/2010 – Khamis

• Malam, saya dan hizami berbincang tentang menu makanan yang akan kami masak ketika di kem nanti. Setelah siap menu tersebut, kami menghantar kepada biro makanan jengka untuk mendapat persetujuan dari pihak mereka.

27/09/2010 – Isnin

• `deal’ dengan catering untuk memastikan tempahan semasa kami di kuarintin di kenanga. Kami memberi akak catering menu yang kami perlukan semasa di kuarintin.



30/09/2010 – Khamis

• Kami datang ke gerai akak catering untuk menanyakan `budget’ untuk makanan yang kami tempah.
• Setelah diberitahu budget makanan, kami memberitahu pada pihak Jengka tentang harga makanan.
• Kami di beritahu dari pihak Jengka bahawa mereka memerlukan dapur,tong gas, bekas air, cawan, mangkuk dan parang pemotong daging.
• Kami bergegas ke stor untuk periksa barang yang diminta oleh pihak Jengka.

01/10/2010- Jumaat

• Kami diberitahu bahawa ada penambahan untuk catering. penambahan untuk student degree serta PLK.
• Kami bergegas berjumpa catering yang menguruskan makanan kami untuk memaklumkan penambahan student.
02/10/2010- Sabtu

• Kami mencari maklumat dan menyediakan resepi atau cara-cara memasak. Kami juga menyediakan sentri untuk kumpulan yang bertugas untuk memasak sarapan.

04/10/2010- Isnin

• Kami dapat maklumat dari pengarah Shah Alam berkenaan VIP yang akan hadir pada malam perasmian dan penutup.
• Kami berbincang dengan catering untuk membuat kelainan pada VIP.

05/10/2010- Selasa

• Kami berhubung dengan catering untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
• Kami memeriksa barang dapur di stor untuk memastikan barang yang diperlukan semasa di Gopeng Lengkap.

06/10/2010 – Rabu

• Kami menerima duit untuk deposit catering sebanyak RM 1000, manakala untuk membeli air di beri RM 500
• Kami bergegas ke destinasi yang diarahkan untuk menyerahkan amanat.
• Kami membeli barangan minuman di kedai 99speedmart di seksyen 7 dengan bantuan Rashdan yang membawa kereta.
09/10/2010 – Sabtu

• Setibanya kami di Gopeng,kami beri kepada pihak Jengka barang-barang yang diminta.
• Kami mengemas dan menyusun barang-barang di tempat yang disediakan.
• Kami menampal resepi, jadual sentri sarapan, serta menu harian kami sepanjang di Gopeng.
13/10/2010 – Rabu

• Pagi, kami mengasing kan barang- barang sambil membuat kiraan semula melalui check list milik Jengka, Shah Alam dan Instedt.
• Setibanya di Shah Alam, kami `loading’ barang dari lori.

14/10/2010 – Khamis

• Setelah selesai semua, kami memasukkan barang- barang dan membuat check list sekali lagi sebelum kami simpan barang ke dalam stor.
• Kami membayar baki catering untuk student diploma sahaja.
• Kami memulangkan duit baki pembelian air yang kami beli pada 06/10/2010 kepada bendahari iaitu Balqis.

No comments:

Post a Comment