Survival…bunyi pun da menyeramkan..hehe..kami adalah pasukan yang pertama menjalani aktiviti ini…perasaan ku sudah tidak sabar lagi..hehe..sebelum memulakan aktiviti survival ini, kami di beri taklimat oleh Encik Shariman.. dan kami di beri duit sebanyak RM950 untuk membeli barang yang di jual oleh Encik Shariman sebagai bekal kami semasa kami di hutan nanti.. yang aku ingat senarai barang yang dijual seperti :
Telur sebiji RM 50
Air 2 botol RM 100
PFD 2 RM 100
Garam RM 50
Gula RM 50
Beras RM 100
Mastin RM 50
Lamp gas RM 100
Mancis RM 50
Lilin RM 50
Transport RM 100
Flyshet RM 100
Parang RM 50
Pasukan aku Sungai Gabai berbincang sesame sendiri dan masing-masing memberi pendapat..pada mulanya kami membeli telur, air, beras, mastin, flysheet, garam, lamp gas, parang dan mancis… kami bergerak menuju ke lokasi tanpa transport, perjalanan tidak la begitu jauh.. tetapi, setibanya kami di lokasi, kami di beritahu bahawa, jika tiada PFD tidak di benarkan pergi mengambil air di tasik…kami ber bincang dan kemudian kami memutuskan untuk menukar barang dengan Encik Shariman, kami menukar lamp gas bersama PFD… PFD kami tiba petang,.
Setibanya kami di lokasi, kami terus membahagikan tugas, yang perempuan cari kayu api, yang lelaki turut membantu cari kayu, dan membersih kan kawasan dan mendirikan khemah..semasa aku pergi mencari kayu, aku terjumpa akar dahan yang boleh dijadikan tali..Alhamdulillah, dengan adanya tali tu, ianya memudahkan kami untuk mendirikan khemah.. kami siap mendirikan khemah pada jam 12.30 tengahari, khemah yang cukup simple, berbumbungkan flysheet, berlantai kan daun pisang…kami berehat dan solat zuhur bergilir-gilir.. kawasan kami tu memang laluan kambing..ada banyak kambing di kebun sebelah..
Apabila Encik Shariman memberi PFD pada kami, kami terus mengambil air di tasik itu untuk membuat air minum…. Air yang kami masak kemudian aku minum, dan terasa la nikmat nya air berperisa asap…haha.boleh la..dari tak ada air…ada 1 lagi pengalaman baru bagi aku, Hannul menyuruh aku menebang pokok pisang, kemudian dia memperkenalkan makanan baru bagi ku, umbut pisang.. tak penah aku makan, tapi boleh tahan juga la.. boleh dijadikan snek..haha..semasa mengambil air di tasek, aku mandi air tasik tu, dengan menggunakan baldi..nikmat nya bila dapat mandi..
Hari makin petang, kami masak air untuk di minum dan untuk masak bubur..dan kami mencari kayu api lagi.. kami menjumpai pokok kelapa yang dah mati, aku, rashdan, dan samsudin serta syazwan berusaha menebang pokok itu.. dengan tenaga yang ada, kami Berjaya menjatuhkan batang kelapa itu… aku rasa bekalan kayu api kami dah mencukupi, sebab da banyak..pada jam lebih kurang 6.30 petang, Encik Hisyam, Encik Azizul, Encik Shariman dan fesi-fesi datang dan melihat khemah kami…
Hari makin gelap, tiba-tiba fesi datang ke tempat kami dan mengarahkan kami berpindah lokasi..peh!! aku tergamam sebentar, dan aku mula mara-mara..tapi, bila di fikir kan balik,mungkin mereka nak memberi kami pengalaman… kami pun bergerak bersama fesi denga membawa barang yang perlu sahaja.. kami hanya dapat bawa barang-barang alatan, kayu api sikit, dan daun pisang..aku tidak sempat menjamah bubur yang dimasak oleh Hannul..
Setibanya dilokasi baru, kami terkejut kerana melihat persekitaran kami yang penuh dengan lalang, dengan hari yang makin gelap menyukar kan kami untuk kayu api dan mendirikan khemah.. aku terdiam sebentar sambil memikirkan bagaimana untuk mendirikan khemah dengan alatan yang tidak cukup..akhirnya aku dan rakan-rakan bersetuju untuk mendirikan khemah yang agak biasa tapi masih lagi okey…akhirnya khemah siap dibina, walaupun tak seberapa, tapi kami berbanga kerana dapat menyahut cabaran yang di beri..sambil kami mendirikan khemah, rakan kami yang lain membuat unggun api… kemudian aku menebas lalang di sekitar supaya kawasan aku selamat dari binatang…sementara itu, rakan ku ada yang pergi mencari pelepah untuk dijadikan kayu api…
Aku tak tahu sudah jam berapa, aku terus berjagasementara ada ai kami yang tidur..mungkin sebab mereka penat…tak lama kemudian rashdan bangun, aku pula baring dan terlelap..kemudian aku terjaga, aku melihat rashdan, samsudin, dan syazwan sedang menjaga api dan mencari kayu api.. aku turut bangun dan menolong mereka…tak lama kemudian, rashdan, samsudin dan syazwan tidur, tinggal aku sorang menjaga api..
Sampai satu ketika semua ahli kumpulan ku bangun, kami sempat berborak dan aku dengan meg, pergi mencari kayu api di kawasan berdekatan..tiba-tiba aku ternampak beberapa orang, aku da tahu tu fesi, aku bagi password `kuda terbang` 3 kli tapi tiada respon..patut pun dorang tak jawab, aku bagi password penuh, patutnya aku bagi `kuda` je..haha
Hari makin sejuk dan malam makin nak subuh.. kami bergilir-gilir menjaga api..matahari sudah naik, dalam kiraan aku, jam lebih kurang jam 7 pagi, masing-masing tak sabar nak balik..tapi Encik Shariman tak sampai lagi..sementara menunggu, aku dan samsuddin pergi ke kawasan sekitar, dan menjumpai buah kelapa 2 biji, itu la jadi sarapan kami… Encik Shariman muncul pada jam8 pagi,kam dibawa pulang ke camp site dengan cenderahati yang nyamuk bagi pada kami…..
No comments:
Post a Comment