Selepas semua habis makan malam,tiba masa untuk post mortem.. setiap group akan menghantar seorang wakil untuk menceritakan tentang apa yang mereka lakukan pada hari tersebut..
Group aku menghantar Hannul sebagai wakil..setelah wakil group pertama ceritakan kisah mereka, tiba la group kami untuk menceritakan..sebelom Hannul sempat mencerita kan pengalamannya,Encik Hisham menanyakan satu soalan padanya, ``sungai Gabai terletak di mana?`` Hannul tidak dapat menjawabnya.. dan Encik Hisyam mula marah kerana kami tidak membaca buku gerak kerja yang di sediakan..
Suasana jadi semakin tegang, Encik Hisyam mengarahkan kami semua untuk mengambil semua buku gerak kerja, dan di minta kumpul... Encik Hisyam menyuruh Hannul bakar buku tu satu demi satu.. Hannul dengan perasaan sedih membakar buku itu.. aku kesian tengok hannul..malam menjadi semakin panas... kemudian muncul kecik ( diya) memohon maaf kepada Encik Hisyam tapi Encik Hisyam tak mengendahkannya..
agak lama ketegangan ini berlaku...sewaktu encik Hisyam menyuruh mereka duduk dengan nada yang marah, tetapi ,mereka tak mengendahkannya aku berkata, korang duduk la, pasal buku nanti aku email.. niat aku hanya untuk menyuruh kawan-kawan ku duduk dan mendengar kata Encik Hisyam.. tetapi mungkin mereka salah anggap, dan terus marah.. aku rasa serba salah.. sejak malam tu, aku rasa down sangat..tapi mungkin salah aku, terlebih kata..
Ucapan ni khas buat Encik Hisyam.. SAYA AMYRUL SHAFIQ BIN SHAMUDDDIN, BERKATA BENAR, SAYA TIDAK TERNIAT UNTUK MELAWAN, ATAU BERSIKAP KURANG AJAR TERHADAP ENCIK HISYAM.. MUNGKIN INI HANYA SALAH FAHAM..TAPI SAYA BETUL-BETUL MINTA MAAF...TIDAK TERNIAT DI HATI SAYA UNTUK BERSIKAP BIADAP.. KESILAPAN SAYA HARAP DI MAAF KAN...
Selepas daari malam tu, Hannul di naik kan pangkat, jadi fesi kami... kena panggil Cik Hannul...
No comments:
Post a Comment