Thursday, October 21, 2010

LOW ROPE COURSE

Encik Iryanto bin Saiyidin mengambil kami untuk aktiviti seterusnya iaitu Low Rope Course.. Bila dah nama ada `Rope` ni, mesti berkaitan tali punye...siapa yang terer ikatan, compom tak ada masalah..hehe..kalau bab ikatan, insyaallah aku da okey..hehe.. kebetulan masa kami nak memulakan aktiviti, Dekan pun sampai, dan melihat kami lakukan aktiviti..

kemudian kami dipecah kan kepada 3 orang 1 kumpulan.. Group aku pilih halangan postman.. group lain ada yang buat commando, X style, dan tyrolem traverse..semasa kami sedang membuat ikatan, hujan turun dengan lebat..kami berlari ke khemah yang berdekatan...aku melihat group lagi satu sedang membuat longkang, aku dengan segera pergi mengambil cangkul dan membantu mereka.. barulah kerjasama namanya...hehe..tapi hujan tu hanya sementara, kemudian kami sambung melakukan aktiviti..

tiba-tiba aku terfikir, camne la kawan aku yang tengah survival tu..kayu api mesti basah..kecian dorang..
setelah siap kami semua membuat ikatan, kami diberi peluang untuk bermain permainan itu..tapi malangnya, tyrolem traverse tak dapat kami lakukan kerana talinya tidak cukup tegang untuk menampung walau seorang pun...kami hanya dapat membuat 3 halangan sahaja..

tapi kami tetap puas hati..selesai semua orang lakukan halangan tersebut, kami semua pergi ke sungai..apalagi, basuh tali laaa..setiap seorang pegang sepanjang 6 meter untuk dibasuh..

No comments:

Post a Comment