Thursday, October 21, 2010

NAVIGATION

solat subuh,masa ni kami dapat pujian dari Encik Hisyam... tetapi masa aktiviti malaysia cergas, rakan ku zaki dari jengka terlawan cakap Encik Hisyam, dan Encik Hisyam marah dan menyuruh zaki mengambil PFD dan kemudian direndam di kolam ikan..semasa zaki direndam, kami meneruskan aktiviti malaysia cergas dengan mood yang tiada.. selepas aktiviti ni, kami sarapan,tapi time sarapan pun kena marah...aduyaiii... kemudian kami meneruskan aktiviti Navigation... aktiviti ni tak banyak sangat dapat aku kongsi...navigation, majoriti dari kami semua da ada basic menggunakan kompas, semuanya jadi senang la..kami guna 3 tempat check point.. cam biasa, semuanya berjalan dengan lancar..haha.. aktiviti ni abis pada jam 10.30 pagi..tak sampai 2 jam pun..haha...

SURVIVAL

Survival…bunyi pun da menyeramkan..hehe..kami adalah pasukan yang pertama menjalani aktiviti ini…perasaan ku sudah tidak sabar lagi..hehe..sebelum memulakan aktiviti survival ini, kami di beri taklimat oleh Encik Shariman.. dan kami di beri duit sebanyak RM950 untuk membeli barang yang di jual oleh Encik Shariman sebagai bekal kami semasa kami di hutan nanti.. yang aku ingat senarai barang yang dijual seperti :

Telur sebiji RM 50
Air 2 botol RM 100
PFD 2 RM 100
Garam RM 50
Gula RM 50
Beras RM 100
Mastin RM 50
Lamp gas RM 100
Mancis RM 50
Lilin RM 50
Transport RM 100
Flyshet RM 100
Parang RM 50

Pasukan aku Sungai Gabai berbincang sesame sendiri dan masing-masing memberi pendapat..pada mulanya kami membeli telur, air, beras, mastin, flysheet, garam, lamp gas, parang dan mancis… kami bergerak menuju ke lokasi tanpa transport, perjalanan tidak la begitu jauh.. tetapi, setibanya kami di lokasi, kami di beritahu bahawa, jika tiada PFD tidak di benarkan pergi mengambil air di tasik…kami ber bincang dan kemudian kami memutuskan untuk menukar barang dengan Encik Shariman, kami menukar lamp gas bersama PFD… PFD kami tiba petang,.

Setibanya kami di lokasi, kami terus membahagikan tugas, yang perempuan cari kayu api, yang lelaki turut membantu cari kayu, dan membersih kan kawasan dan mendirikan khemah..semasa aku pergi mencari kayu, aku terjumpa akar dahan yang boleh dijadikan tali..Alhamdulillah, dengan adanya tali tu, ianya memudahkan kami untuk mendirikan khemah.. kami siap mendirikan khemah pada jam 12.30 tengahari, khemah yang cukup simple, berbumbungkan flysheet, berlantai kan daun pisang…kami berehat dan solat zuhur bergilir-gilir.. kawasan kami tu memang laluan kambing..ada banyak kambing di kebun sebelah..

Apabila Encik Shariman memberi PFD pada kami, kami terus mengambil air di tasik itu untuk membuat air minum…. Air yang kami masak kemudian aku minum, dan terasa la nikmat nya air berperisa asap…haha.boleh la..dari tak ada air…ada 1 lagi pengalaman baru bagi aku, Hannul menyuruh aku menebang pokok pisang, kemudian dia memperkenalkan makanan baru bagi ku, umbut pisang.. tak penah aku makan, tapi boleh tahan juga la.. boleh dijadikan snek..haha..semasa mengambil air di tasek, aku mandi air tasik tu, dengan menggunakan baldi..nikmat nya bila dapat mandi..

Hari makin petang, kami masak air untuk di minum dan untuk masak bubur..dan kami mencari kayu api lagi.. kami menjumpai pokok kelapa yang dah mati, aku, rashdan, dan samsudin serta syazwan berusaha menebang pokok itu.. dengan tenaga yang ada, kami Berjaya menjatuhkan batang kelapa itu… aku rasa bekalan kayu api kami dah mencukupi, sebab da banyak..pada jam lebih kurang 6.30 petang, Encik Hisyam, Encik Azizul, Encik Shariman dan fesi-fesi datang dan melihat khemah kami…

Hari makin gelap, tiba-tiba fesi datang ke tempat kami dan mengarahkan kami berpindah lokasi..peh!! aku tergamam sebentar, dan aku mula mara-mara..tapi, bila di fikir kan balik,mungkin mereka nak memberi kami pengalaman… kami pun bergerak bersama fesi denga membawa barang yang perlu sahaja.. kami hanya dapat bawa barang-barang alatan, kayu api sikit, dan daun pisang..aku tidak sempat menjamah bubur yang dimasak oleh Hannul..

Setibanya dilokasi baru, kami terkejut kerana melihat persekitaran kami yang penuh dengan lalang, dengan hari yang makin gelap menyukar kan kami untuk kayu api dan mendirikan khemah.. aku terdiam sebentar sambil memikirkan bagaimana untuk mendirikan khemah dengan alatan yang tidak cukup..akhirnya aku dan rakan-rakan bersetuju untuk mendirikan khemah yang agak biasa tapi masih lagi okey…akhirnya khemah siap dibina, walaupun tak seberapa, tapi kami berbanga kerana dapat menyahut cabaran yang di beri..sambil kami mendirikan khemah, rakan kami yang lain membuat unggun api… kemudian aku menebas lalang di sekitar supaya kawasan aku selamat dari binatang…sementara itu, rakan ku ada yang pergi mencari pelepah untuk dijadikan kayu api…
Aku tak tahu sudah jam berapa, aku terus berjagasementara ada ai kami yang tidur..mungkin sebab mereka penat…tak lama kemudian rashdan bangun, aku pula baring dan terlelap..kemudian aku terjaga, aku melihat rashdan, samsudin, dan syazwan sedang menjaga api dan mencari kayu api.. aku turut bangun dan menolong mereka…tak lama kemudian, rashdan, samsudin dan syazwan tidur, tinggal aku sorang menjaga api..
Sampai satu ketika semua ahli kumpulan ku bangun, kami sempat berborak dan aku dengan meg, pergi mencari kayu api di kawasan berdekatan..tiba-tiba aku ternampak beberapa orang, aku da tahu tu fesi, aku bagi password `kuda terbang` 3 kli tapi tiada respon..patut pun dorang tak jawab, aku bagi password penuh, patutnya aku bagi `kuda` je..haha

Hari makin sejuk dan malam makin nak subuh.. kami bergilir-gilir menjaga api..matahari sudah naik, dalam kiraan aku, jam lebih kurang jam 7 pagi, masing-masing tak sabar nak balik..tapi Encik Shariman tak sampai lagi..sementara menunggu, aku dan samsuddin pergi ke kawasan sekitar, dan menjumpai buah kelapa 2 biji, itu la jadi sarapan kami… Encik Shariman muncul pada jam8 pagi,kam dibawa pulang ke camp site dengan cenderahati yang nyamuk bagi pada kami…..

HAI LEMAK MANIS

game ni di beri nama lemak manis..mula-mula.. kami kena pergi mencari petunjuk..petunjuk pertama bertempat di pokok dan di bawah pelita..kemudian kami cari klu kedua... seterusnya ke 3,kami tak tahu di mana hendak di tuju, muncul seorang nenek yang agak menyeramkan..haha..kami memenuhi permintaan nenek tu, dan kemudian nenek tu memberi klu kepada kami, dan klu tu membawa kami kepada orang yang banyak berjasa.. kami pergi ke pensyarah jengka,kami memenuhi permintaan beliau, tapi akhirnya kami salah orang.. aduh..frust nya... kemudian kami terfikir Encik Azizul..kami pergi berjumpa Encik Azizul, dan Hazwan membuka pantun dengan penuh bergaya..tetapi,pabila Encik Azizul ingin melihat wisel, tapi sayang ada seorang anggota kami tidak ada wiselnya..selepas dia mendapat kembali wiselnya, kami pergi semula berjumpa encik Azizul..dan akhirnya kami berjaya mendapat klu seterusnya..klu kali ni, kena pergi berpantun dengan fesi...di sini kami banyak buang masa... tapi pada jam 5 pagi, kami berjaya meneka dengan tepat.....akhir sekali klu kami pergi ke suatu tempat dengan bantuan coordinat yang diberi, kami menemukan hasilnya walaupun susah di dalam tanah....tapi kami berjaya jua...

CAMP CRAFT

Setelah balik dari survival dengan perut yang lapar, kami makan bubur yang dimasak oleh kawan-kawan ku... Thanx my friend..!! aktiviti kami pagi ni adalah camp craft... tak la susah sangat..hehe..Cuma kena buat longkang di khemah pusat dan khemah masakan, buat ampaian untuk camp lelaki & perempuan, dan tolong ahli memasak...yang aku suka masa camp craft ni, perut kami sentiasa terisi..hehe.. puan Aini baik orangnya..hehe..

TUGAS AKU BIRO MAKANAN

Untuk final camp kali ni, aku sebagai ketua biro makanan dan di bantu oleh rakan baik ku Hizami.. Masa aku dapat jawatan ni, aku da pelik, yela tak kan la biro makanan dua- dua lelaki... aku da la tak tahu sangat pasal makanan ni..makan aku tahu la..haha.. tapi aku terima cabaran ni.. pengarah program menerangkan dengan lebih lanjut tentang tugas aku.. tugas aku nanti adalah sediakan air untuk final camp, cari catering, buat menu makanan, buat jadual sentri untuk sarapan... ni antara tugas-tugas yang aku kena buat..
Kemudian aku diberikan number telefon biro makanan Jengka iaitu Hannul.. Selepas dapat number fon, aku mula berurusan dengan dia.. kami membahagikan tugas , Shah Alam sedia kan air, Instedt pula bawa beras, manakala Jengka menyediakan bahan mentah dan barang dapur.. kemudian Jengka memberitahu barang dapur yang mereka tidak ada dan kami bantu.. seperti dapur 1, tong gas 1, bekas air 1, dulang 4,cawan dan mangkuk..


23/09/2010 – Khamis

• Malam, saya dan hizami berbincang tentang menu makanan yang akan kami masak ketika di kem nanti. Setelah siap menu tersebut, kami menghantar kepada biro makanan jengka untuk mendapat persetujuan dari pihak mereka.

27/09/2010 – Isnin

• `deal’ dengan catering untuk memastikan tempahan semasa kami di kuarintin di kenanga. Kami memberi akak catering menu yang kami perlukan semasa di kuarintin.



30/09/2010 – Khamis

• Kami datang ke gerai akak catering untuk menanyakan `budget’ untuk makanan yang kami tempah.
• Setelah diberitahu budget makanan, kami memberitahu pada pihak Jengka tentang harga makanan.
• Kami di beritahu dari pihak Jengka bahawa mereka memerlukan dapur,tong gas, bekas air, cawan, mangkuk dan parang pemotong daging.
• Kami bergegas ke stor untuk periksa barang yang diminta oleh pihak Jengka.

01/10/2010- Jumaat

• Kami diberitahu bahawa ada penambahan untuk catering. penambahan untuk student degree serta PLK.
• Kami bergegas berjumpa catering yang menguruskan makanan kami untuk memaklumkan penambahan student.
02/10/2010- Sabtu

• Kami mencari maklumat dan menyediakan resepi atau cara-cara memasak. Kami juga menyediakan sentri untuk kumpulan yang bertugas untuk memasak sarapan.

04/10/2010- Isnin

• Kami dapat maklumat dari pengarah Shah Alam berkenaan VIP yang akan hadir pada malam perasmian dan penutup.
• Kami berbincang dengan catering untuk membuat kelainan pada VIP.

05/10/2010- Selasa

• Kami berhubung dengan catering untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
• Kami memeriksa barang dapur di stor untuk memastikan barang yang diperlukan semasa di Gopeng Lengkap.

06/10/2010 – Rabu

• Kami menerima duit untuk deposit catering sebanyak RM 1000, manakala untuk membeli air di beri RM 500
• Kami bergegas ke destinasi yang diarahkan untuk menyerahkan amanat.
• Kami membeli barangan minuman di kedai 99speedmart di seksyen 7 dengan bantuan Rashdan yang membawa kereta.
09/10/2010 – Sabtu

• Setibanya kami di Gopeng,kami beri kepada pihak Jengka barang-barang yang diminta.
• Kami mengemas dan menyusun barang-barang di tempat yang disediakan.
• Kami menampal resepi, jadual sentri sarapan, serta menu harian kami sepanjang di Gopeng.
13/10/2010 – Rabu

• Pagi, kami mengasing kan barang- barang sambil membuat kiraan semula melalui check list milik Jengka, Shah Alam dan Instedt.
• Setibanya di Shah Alam, kami `loading’ barang dari lori.

14/10/2010 – Khamis

• Setelah selesai semua, kami memasukkan barang- barang dan membuat check list sekali lagi sebelum kami simpan barang ke dalam stor.
• Kami membayar baki catering untuk student diploma sahaja.
• Kami memulangkan duit baki pembelian air yang kami beli pada 06/10/2010 kepada bendahari iaitu Balqis.

DARI SHAH ALAM KE GOPENG

09/10/2010

Seperti biasa, bangun pagi solat subuh, sarapan..kira-kira jam 8.30, lori tiba, kami loading barang dan bertolak ke camp murni.. Setibanya di Gopeng yang mengambil masa 2 jam perjalanan untuk tiba di Gopeng.setibanya kami di Gopeng, kami diturunkan di jalan besar dan beramai-ramai bejalan untuk ke camp murni..perjalanan yang kami tempuh anggaran dalam 6 km..tapi, jalan beramai-ramai ni tak terasa penatnya.. setibanya kami di campsitekami yang berada mengikut gunung diberi tugas masing-masing untuk mendirikan khemah.. Team aku Gunung Santubung dsiberi tugas untuk mendirikan khemah pusat.. untuk mendirikan khemah pusat kali ni agak susah keranajarak antara pokok agak jauh,jadi, kami di ajar menggunakan pool.. hari makin gelap, senja makin tiba..khemah pusat tak Berjaya didirikan lagi..kami berhenti seketika kerana solat maghrib..selepas itu, kami sambung kerja.. akhirnya khemah pusat Berjaya didirikan dengan semangat pasukan yang tinggi..hehe..pada malam tu, ada aktiviti LEMAK MANIS...

HARI PERPISAHAN

selepas solat subuh, kami bergotong royong cuci khemah.. kami bermula pada jam 6.40 pagi..dan selesai kira-kira jam 10.30 pagi..selepas siap cuci, kami sarapan beramai-ramai...

kemudian kami diminta berkumpul di satu kawasan, post mortem kali terakhir...kali ni kami mula terasa sebak..kerana kami tahu kami akan berpisah... semasa kami salam beramai-ramai aku da terasa suasana sedih...

mase ni, ada juga yang bergambar...haha.. tapi, dengan adanya kem ni, aku mempunyai ramai kawan... TAMAT FINAL CAMP!!

MALAM PENUTUP

malam ni tema kami berbaju melayu...wahh.. beraya la ni..hehe..dalam masa setengah jam, kami di arah berbincang mengikut bukit, untuk melakukan persembahan...

dalam setengah jam aku tak tahu nak buat persembahan pe...kami dapat idea, kami buat sketsa pendek..haha..walaupun tak berapa menarik, tapi kami enjoy...haha..

kumpulan lain punya persembahan pun boleh tahan menarik...tapi aku respect demo(syazwan)...dia main gitar pehh..baik giler la..

Bukan kami je yang buat persembahan, budak degree pun buat persembahan juga..begitu juga dengan fesi...

malam penutup berjalan dengan lancar..tapi, aku tak tahu, siapa yang kantoi merokok....kalau ye pun tunggu la esok...nak abis da kem ni...aduyaii...

BREAK CAMP...

selepas solat subuh, malaysia cergas, sarapoan, kami kemas camp site..nak balik da..hehehe..kami siap kemas barang dan loading barang kedalam lori dalam jam 12 tengahari..kemudian kami pulang ke shah alam...masuk je dalam bus aku tak banyak cakap dan tak tahu siapa duduk di sebelah aku,aku terus tidur...hahaha..sedar-sedar da dekat kenanga.. terkejut aku.. haha..

kemudian kami loading barang ke stor di kenanga..tapi aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur dalam stor tu..hahaha..mungkin sejuk sangat kot..haha..sedar-sedar abang wan stor kejut, dia bagitahu instruktur da panggil, kelamkabut aku..hahaha... kemudian kami bersiap untuk malam kebudayaan....

POST MORTEM 12/10/2010

Pada, malam ni post mortem seperti biasa...tapi,sebelum tu kami di arah keluar dari khemah pusat, untuk lantik penghulu dan penghuluwati baru..penghulu baru ialah hizami dari shah alam dan pasangan nya izaty dari instedt.. aku tak tahu kenapa malam ni pensyarah yang ada semua nya kawal marah atau tak marah..pada malam ni, rakan ku asirul dan seorang lagi, di tangkap tidur ketika rakan sedang bercerita..asirul di denda.. membuat latar muzik thailand dan rakan nya kena bersilat..haha..kemudian aku pergi membetulkan generator..aku tak tahu apa selebihnya terjadi..haha.. kemudian kami di beri taklimat untuk pergerakan esoknya...dan kemudian, di teruskan dengan sentri..

MENEROKA GUA KANDU

Di sebelah petang nya pula, kira-kira jam 3 kami melakukan aktiviti meneroka gua kandu..peralatan yang kami bawa untuk pergi ke gua ialah head lamp, sapu tangan,air,dan topi..setibanya kami di situ, kami ,meneruskan perjalanan ke dalam gua ..pehhh... penat memang penat...tapi tiba di pintu gua, kami berdoa semoga kami dijauhi benda buruk, dan betulkan niat kami..

gua tu tempat bersejarah, tapi kenapa ada insan yang sanggup menconteng di dinding gua?kami dapat melihat pelbagai keajaiban ALLAH.. seperti, bagaimana batu-batu itu terjadi bentuk seperti seorang tua bagai menyambut kedatangan kami, seperti seekor singa dan gajah..kristal...air yang sentiasa mengalir dari batu,..terdapat juga telur dinosour yang besar,serta berakar...yang peliknya akar tu boleh hidup...

kemudian, tiba di satu tempat yang mempunyai pemandangan yang amat indah.. dari tempat tu, kami dapat melihat matrikulasi negeri perak...aku kali pertama masuk gua..aku di beritahu, jika di gua lain, semua da ada kemudahan,so, tak mencabar la..haha..kami selesai aktiviti caving ini pada jam 6.30 petang..dan kemudian pulang ke kem murni...

TUBING

12/10/2010- SELASA

Solat subuh dan malaysia cergas seperti biasa, kemudian sarapan..tiap kali nak makan, mesti kena mara...elok-elok berselera, terus kurang selera,...

pagi ni aktiviti kami adalah tubing..haa.. ni la yang kami tunggu..hehe... kami memeriksa peralatan untuk tubing ini,dan memastikan semuanya cukup..kemudian kami loading barang, dan 12 orang diarah menaiki lori tersebut untuk ke destinasi aktiviti..
setibanya kami 12 orang terawal di destinasi, kami loading barang, dan kami di ajar cara untuk menggunakan safety line..cara membaling.. masa baling tu, macam-macam kerenah ada..ada yang tersangkut atas pokok..haha..tak lama kemudian. lori datang membawa bilangan ahli kumpulan kami yang selebihnya... untuk aktiviti kali ni, miss ain dan Encik wan Faizal Iskandar turut serta dalam melakukan aktiviti ini....

kemudian kami dibawa ke tepi sungai, untuk diajar tentang bagaimana cara untuk bergerak semasa dalam air...aktiviti kali ney dimbahagi kan lagi kepada 1 group ada 5 orang.tapi group aku special sikit, kami mempunyai 4 orang sahaja... aku, logman, hazwan, dan hilmi reits..hehe.. dan kami berada di kumpulan ke 5 dari 6 kumpulan...

kami dilepas kan mengikut kumpulan tadi... kumpulan yang pertama tadi menggunakan kayak single....yang lain semua naik tiub....kami dilepas kan satu persatu mngikut group..masa mula di lepas kan, best giler....haha.. semua selamat sampai di check point first.. tetapi kegembiraan tukar menjadi sesuatu yang tidak best..kerana kami dimarahi oleh fesi kami kerana kami bawa tiub lebih..dalam 8 tiub lebih..kami berhenti di check point pertama ini untuk membuang angin supaya kami dapat mengurangkan kuantiti itu..selama sejam kami berada disitu...miss Amy pun da hilang mood.. akhir nya kami dapat meneruskan perjalanan..kami menuju ke check point seterusnya..

di check point ke 5, dimana tiba giliran aku untuk merasa kayak pula..hehe.. semasa berkayak, tiba di satu jeram yang deras, aku yang ingin mengelak rakan ku di depan, aku tercapsite..haha..kami meneruskan perjalanan sehingga hujung..aktiviti ni memang menyeronokkan..memang TERBAIKKK...hehe..

MALAM POST MORTEM 11/10/2010

Selepas semua habis makan malam,tiba masa untuk post mortem.. setiap group akan menghantar seorang wakil untuk menceritakan tentang apa yang mereka lakukan pada hari tersebut..

Group aku menghantar Hannul sebagai wakil..setelah wakil group pertama ceritakan kisah mereka, tiba la group kami untuk menceritakan..sebelom Hannul sempat mencerita kan pengalamannya,Encik Hisham menanyakan satu soalan padanya, ``sungai Gabai terletak di mana?`` Hannul tidak dapat menjawabnya.. dan Encik Hisyam mula marah kerana kami tidak membaca buku gerak kerja yang di sediakan..

Suasana jadi semakin tegang, Encik Hisyam mengarahkan kami semua untuk mengambil semua buku gerak kerja, dan di minta kumpul... Encik Hisyam menyuruh Hannul bakar buku tu satu demi satu.. Hannul dengan perasaan sedih membakar buku itu.. aku kesian tengok hannul..malam menjadi semakin panas... kemudian muncul kecik ( diya) memohon maaf kepada Encik Hisyam tapi Encik Hisyam tak mengendahkannya..

agak lama ketegangan ini berlaku...sewaktu encik Hisyam menyuruh mereka duduk dengan nada yang marah, tetapi ,mereka tak mengendahkannya aku berkata, korang duduk la, pasal buku nanti aku email.. niat aku hanya untuk menyuruh kawan-kawan ku duduk dan mendengar kata Encik Hisyam.. tetapi mungkin mereka salah anggap, dan terus marah.. aku rasa serba salah.. sejak malam tu, aku rasa down sangat..tapi mungkin salah aku, terlebih kata..

Ucapan ni khas buat Encik Hisyam.. SAYA AMYRUL SHAFIQ BIN SHAMUDDDIN, BERKATA BENAR, SAYA TIDAK TERNIAT UNTUK MELAWAN, ATAU BERSIKAP KURANG AJAR TERHADAP ENCIK HISYAM.. MUNGKIN INI HANYA SALAH FAHAM..TAPI SAYA BETUL-BETUL MINTA MAAF...TIDAK TERNIAT DI HATI SAYA UNTUK BERSIKAP BIADAP.. KESILAPAN SAYA HARAP DI MAAF KAN...

Selepas daari malam tu, Hannul di naik kan pangkat, jadi fesi kami... kena panggil Cik Hannul...

LOW ROPE COURSE

Encik Iryanto bin Saiyidin mengambil kami untuk aktiviti seterusnya iaitu Low Rope Course.. Bila dah nama ada `Rope` ni, mesti berkaitan tali punye...siapa yang terer ikatan, compom tak ada masalah..hehe..kalau bab ikatan, insyaallah aku da okey..hehe.. kebetulan masa kami nak memulakan aktiviti, Dekan pun sampai, dan melihat kami lakukan aktiviti..

kemudian kami dipecah kan kepada 3 orang 1 kumpulan.. Group aku pilih halangan postman.. group lain ada yang buat commando, X style, dan tyrolem traverse..semasa kami sedang membuat ikatan, hujan turun dengan lebat..kami berlari ke khemah yang berdekatan...aku melihat group lagi satu sedang membuat longkang, aku dengan segera pergi mengambil cangkul dan membantu mereka.. barulah kerjasama namanya...hehe..tapi hujan tu hanya sementara, kemudian kami sambung melakukan aktiviti..

tiba-tiba aku terfikir, camne la kawan aku yang tengah survival tu..kayu api mesti basah..kecian dorang..
setelah siap kami semua membuat ikatan, kami diberi peluang untuk bermain permainan itu..tapi malangnya, tyrolem traverse tak dapat kami lakukan kerana talinya tidak cukup tegang untuk menampung walau seorang pun...kami hanya dapat membuat 3 halangan sahaja..

tapi kami tetap puas hati..selesai semua orang lakukan halangan tersebut, kami semua pergi ke sungai..apalagi, basuh tali laaa..setiap seorang pegang sepanjang 6 meter untuk dibasuh..

Wednesday, October 20, 2010

FIRST DAY AT FINAL CAMP ! !

Setibanya semua pelajar di kolej kenanga Shah Alam, kami terus di kuarintin..hari pertama kami disini tak banyak aktiviti..cuma kami dipecah kan mengikut group besar yang mewakili Gunung Santubung, Gunung Tahan, Gunung Ledang.. Gunung Santubung mewakili bukit-bukit seperti bukit Fraser & bukit Broga.. Gunung Tahan pula mewakili bukit Bendera & bukit Larut.. Gunung Ledang pula, mewakili bukit melawati & bukit kepong.. dalam setiap bukit pula, terdapat sungai.. bukit Fraser mempunyai sungai Rajang & Gabai.. bukit Broga pula, sungai Kinabatangan & Tembeling.. bukit bendera, sungai Bidor & Padas.. bukit Larut, sungai Kinta & Galas.. bukit malawati, sungai Langat & Tekala..bukit kepong, sungai Bernam & Kesang..

Pada malam ini juga, berjalan nya upacara pembukaan... Setelah selesai ucapan, kami di benar kan makan..kemudian, kami dibenarkan tidur dengan setaip Gunung perlu mengikut sentri yang telah di sediakan..

Aku Gunung Santubung, Bukit Fraser, Sungai Gabai,, mendapat sentri pertama berjaga pada jam 12.00 a.m- 02.00a.m...setelah selesai sentri kami, kami dibenar kan tidur didalam class..dalam class tersebut teramat la sejuk...

FINAL CAMP ! ! !

Final camp kali ni diberi nama '' EXTREME OUTDOOR EXPIDITION''...untuk final camp nim, aku memegang jawatan sebagai BIRO MAKANAN (ketua).. tugas aku kali ni lebih sukar berbanding tugas aku pada first kem aku memegang jawatan sebagai biro kenderaan..Setahu aku ahlimkami dari Shah Alam, Jengka, Instedt adalah seramai 89 orang.. tetapi terdapat 2 org tidak dapat ikut aktiviti kami kali ni.. seorang dari instedt dan seorang lagi dari jengka..keseluruhan student kami pada final camp ni sejumlah 87 orang sahaja...

FLYING FOX

Flying Fox, di buat di kawasan pool,tempatnya tak tinggi, tapi still okey lagi.. Sekali lagi kami di bantu oleh brader Mubin.. Beliau mengajar kami cara ikatan untuk flying fox.. Flying Fox ni kami kena pasang sendiri.. sekarang kan dah ada mesin untuk tarik tali supaya tegang, tapi kami guna kaedah tradisional..hehe.. kami tarik beramai-ramai..baru la terasa semangat kerjasama...hehe..masa tarik tali tu, aduyai...rasa macam nak terputus segala urat yang ada ni..dengan perut kosong lagi... tapi takpe, sekurang- kurang nya, kami dapat pengalaman yang tidak dapat di jual beli... setelah semuanya siap di pasang, kami melakukan cabutan undi bagi menentukan siapa yang akan melakukan aktiviti ni dahulu.. aku orang yang ke-4..setelah semua bersedia untuk melakukan flying fox, kami diberitahu oleh Encik Hisham bahawa kami tak dapat melakukan aktiviti ni...kerana tali yang kami tariuk dan ikat tadi, 'burn'... tali ni first time digunakan oleh Encik Hisham..muke sume da macam cuke da..haha.. tapi bagi aku, Allah masih sayang kan kami..ALHAMDULILLAH... hati kami di ubati dengan nasi lemak yang di bawa oleh Encik Hisham.. Ley tahan sedaponya..hehe,, tapi, kalau perut da lapar, makan pe pun jadi sedap..haha...pape pun, aktiviti kali ni, kami dapat belajar cara untuk memasang & mengikat tali flying fox..

Tuesday, October 19, 2010

KAYAK AT TASEK SHAH ALAM

Pada 23hb september 2010, kami melakukan aktiviti berkayak. Kami berkayak di tasik Shah Alam. Untuk aktiviti kayak ni di uruskan oleh Mohammad Asirullah bin kamar, dia juga player UITM & Malaysia. Sebelum kami memulakan aktiviti kayak, Encik Hisham member taklimat dan memperkenalkan serba sedikit tentang kayak dan yang paling penting, anatomy kayak.

Pada hari ni juga, kami baru nak belajar pegang padle & cara mengayuh. setelah selesai taklimat yang diberi, tiba lah masa untuk demonstrasi kayak. Aku dan Asirul jadi volunteer untuk melakukan demo ni, kami menunjukan cara forward, backward, capside, tanda isyarat,dan lain-lain. first time capside, aku agak gelabah tapi semuanya berjalan dengn lancar..
Semua student SR113 turun dengan pasangan dan kayak masing-masing.. tapi kali ni aku dapat naik kayak single..hehe.. susah jugak nak control asyik berpusing je aku kat tasik tu..tapi, walaupun berpusing- pusing sepanjang round tasek tu, aku belum penah capsite lagi..kire terer la aku..hehe..

Setibanya di penghujung tasik itu,yang berhampiran dengan Masjid Shah Alam, kami semua berkumpul..dan disinilah kami mengcapsitekan kawan-kawan ku semua..hehe, akhir sekali kami mengejar Encik Hisham sebab kami nak capsite kan beliau juga..hehe..setelah jauh mengejar, akhirnya misi kami untuk capsite kan Lecture kami berjaya...MISSION COMPLETE... hehe.. kami kayuh kayak ke tempat permulaan, kami menaikkan kayak, buang air dalam kayak,kira barang dan terdapat PFD yang hilang.. activiti kami berakhir pada jam 1.30 tengahari.. jam 2 ada class BEL, nasib baik dengan budi bicara Puan Mastura, clas dilewat kan ke 2.30 petang...

ABSEILING AT MENARA S&T

untuk class Outdoor kali ni, kami akan melakukan aktiviti Abseiling. kami diberi pilihan sama ada ingin melakukan aktiviti ini di menara S&T tingkat 11, atau di kawassn kolam. kami sepakat memilih untuk melakukannya di menara S&T. untuk Abseiling ni, aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan barang-barang keperluan dan surat menyurat. hari yang di tunggu kian tiba, seawal jam 7 pagi, aku dibantu oleh rakan ku untuk membawa barang peralatan dari stor ke lokasi Abseiling.. Aktiviti bermula dengan lancar pada jam 8.30 pagi tepat. tapi macam biasa, Zakwan Ahmad lambat sikit.. agaknya dia ikut masa jepun kot..haha.. kami memulakan aktiviti dengan dibantu oleh brader-brader degree seperti brader Mubin yang banyak membantu kami.. untuk melakukan Abseiling ini, ada 3 style yang diperkenal kan kepada kami, seperti turun biasa, Australian styLe, serta Spider style.. Arabian style takda lagi...hehe..aku memilih Australian style, walau pun aku mengaku aku gayat, tapi aku cuba melakukannya juga..hehe..student perempuan kami semuanya melakukan turun biasa, Australian kebanyakan lelaki, Spider kalau tak silap aku, cuma Fuad, Rahimi dan Zakwan Ahmad je yang lakukan..semasa kamki melakukan aktiviti ini, ramai student S&T tengok kami..nilah kelebihan SPORTREC..hehe.. ramai rupenya yang takut tinggi,kita dapat tengok dari muka dorang sebelum dorang turun melakukan Abseiling..diam dan tak ley senyum da..haha.. Aktiviti kami tamat pada jam 1.30 tengahari..Alhamdulilah, semuanya selamat...











Tuesday, August 24, 2010

ORIENTERING PRACTICAL AT KENANGA


18AUG; 8.30-12.00 PM

Setibanya aku di kenanga, kami diberi Quiz oleh Encik Hisyam...Quiz tersebut mengenai Knotting..markah penuh bagi quiz tersebut adalah 5, dan aku mendapat 4, kira boleh laa...  Activity orienteering , kitorang diajar oleh Encik Hisyam bagaimana untuk kami memulakan permainan ini..untuk permainan ni, mesti ada manila kad 7, checkpoint 1-6, dan last kad pulang ke pangkal jalan...Di kad tersebut mesti ada nama Team, Bearing, Distance dan jika korang baik hati, buat la clue...Nama team aku dengan Zam Kido..ni nama facebook zam la ni....mula-mula nak letak checkpoint dengan menggunakan compass...agak pening la, maklum la first time guna benda tu...harap maaf kan kesilapan saya tu..haha..tapi lepas da tahu cara menggunakannye, bukan main syok lagi.....kami bermula di almari.. first checkpoint kitorang letak belakang kerusi..checkpoint kedua pulak, di belakang tiang dengan clue daun pokok warna kuning..checkpoint seterusnya, kena naik bukit sikit...clue ke empat, kena turun balik, sebab clue ada di court bola tampar..checkpoint ke lima dekat tong sampah..dan yang terakhir, di tempat lepak di tempat permulaan..jarak keseluruhan tak jauh, kitorang antara yang paling dekat...pertandingan nak bermula..yang pilih aku nye, team BELLa dan fanem..aku dan zam buat dorang nye...nasib baik la dorang pemurah dan letak ditempat yang senang-senang...tapi malang bagi dorang dapat kitorang nye, sebab kitoran letak tempat pelik-pelik...hahaha..team aku dapat tempat ke-4, catatan masa ialah 17.03 saat...team bella dan fanem, kecian jugak aku tengok...sebab Nampak dorang terseksa..hahaha..berpeluh-peluh..tapi yang kecian checkpoint terakhir,,ni sume salah zam..aku da cakap,kira distance dulu..tapi dia degil..buat anggaran 15 meter..patut la dorang tak jumpe-jumpe rupanya distance nye ada la dalam 35 meter..haha..tapi, nak buat macammana,setiap manusia ada melakukan kesilapan....Soory la ye buat team Bella dan fanem....akhir sekali,kami diberitahu supaya bersedia untuk activity minggu depan....

sebelum memulakan game..taklimat dulu...

map diperbetulkan oleh Encik Hisyam...

ni Team Bella dan Fanem punya checkpoint ...

ni map aku...
9AUG :- CUCI KHEMAH 


5.30 pm

lepas bercamping selama 3 hari, tiba la masa untuk khemas barang dan cuci khemah...hari ni kelas outdoor di batalkan sebab nak bagi kami rehat..hehe..hampir semua datang untuk actuvity ni..kami cuci khemah di gelanggang futsal kenanga...sepatutnya activity ni 3 hari..tapi..maaf kawan-kawan..aku dapat datang sekali je...aku ada game SAF...

ha..rajin kan aku...haha

LAST DAY AT BUKIT CHERAKAH

8AUG :- 

Macam biasa,pagi-pagi solat subuh.. kemudian,jam 7.30, kami ada senamrobik tapi kali ni lain sikit dari biasa sebab kami belajar skipping.. benda ni aku penah jugak la main, ye la aku kan background sport sepak takraw, aku kena skipping untuk mendapatkan lompatan yang baik... ada macam-macam basic  untuk skipping ni..tapi aku lupe pulak name-name skill tu..haha..sorry la kawan-kawan,aku tak dapat nak share pulak...setelah selesai kami belajar, brader yang ajar kami skipping tu, disuruh oleh Encik Hisyam untuk tunjuk sikit demo...aku tengok brader tu buat demo, peh...terpegun aku weiii.....rupe-rupenye, brader tu player Malaysia untuk sukan skipping...patut la baikkk....selepas habis activity senam, kami balik ke camp site untuk sarapan...jam menunjukkan pukul 9.30 am, activity kami seterusnye ialah BLIND TRAIL...activity habis dalam jam 12.00 pm,kami balik ke camp site, dan kami di beri masa selama 10 minit untuk bersih kan badan,dan kumpulan lain sambung melakukan tugas mereka seperti camp craft, dorang kena buka camp dan kemas kawasan camp mereka juga diberi masa selama 10 minit untuk kemas...aku pergi toilet untuk membersihkan badan, tak perasan dah lebih 10 minit aku di toilet, setibanya aku di camp site, aku tengok Nasril (penghulu) dan Yana (penghuluwati) tengah buat starjump..aku pelik jugak mule-mule,kenapa dorang buat starjump, rupanya dorang kena denda la.....haha..kecian aku tengok dorang, rasa-rasa nye lebih 15 minit jugak la dorang kena buat..haha...kami diberi masa lagi sejam untuk kemas kawasan camp..kali ni, yang aku ingat Remy, Ilham, dan 2 orang dak jengka kena buat starjump jugak, di sebab kan kami lambat kemas kawasan kem.. kemudian kami di cabar lagi,suruh buka ikatan khemah,kemas,hantar barang ke tempat lori dalam masa 1 jam!! Dengan ada nya semangat kerjasama diantara kami, kami dapat menghabis kan tugasan dalam 45minit......ha,terer jugak kami rupenye,..hehehe..selesai semua tugas,,sekarang lunch time..habis makan kami diberi masa selama 1jam untuk menurunkan khemah pusat, dan kemas tempat dan barang makan,time ni kitorang lambat sikit semasa hendak berkumpul, membe aku,,Evenezer(Edo) kena buat starjump....ni first time aku tengok dia marah orang..habis keluar pekat sabah...hahaha..tergelak aku di buatnya..kemudian sampai la masa,kami bergambar beramai-ramai..dan majlis bagi hadiah kepada kumpulan yang  ada semangat kerjasama...Team aku la MENANG...haha..tak aku sangka, team aku yang aku ingat tak tercalon, rupenye menang..haha..dan aku ingat moto kami semua iaitu...Kerja,Kerja,Kerja!!!
Tiba la masa untuk pulang ke UITM Shah Alam...time ni aku tak berapa suka, biasalah, setiap pertemuan, mesti ada perpisahan...tiba la masa untuk mengucapkan selamat tinggal kat budak-budak Jengka dan Instead... Jaki ketua team aku, salam aku dekat 3 4 kali gak la time nak balik tuu..haha..si Nia pulak tak habis-habis ambil makanan hadiah tu..haha..tapi,nampak sangat berat hati masing-masing nak berpisah...tapi kitorang hepy lepas balik dari kem ni, banyak pengalaman baru aku dapat..dan yang penting, dapat ramai kawan baru.....hehe..soo, akhir  kata dari aku untuk kem ni, Standby for final camp at GOPENG!!!

ni Zaki, captain kumpulan aku ambil hadiah...

NIGHT WALK


Jam menunjukkan pukul 12.00am...nightwalk bermula..mula-mula seram jugak la aku,mana tak seram, fesi cerita dengan agak menyeramkan,siap ada password lagi..password yang diberikan ialah ‘’BUSUT JANTAN’’ giler gempak paaword nye..haha..tapi yang aku pasti,semasa member password tu, sampai dekat orang belakang sekali password da bunyi lain..haha.. ada yang jadi ‘’BUDUT’’, ‘’BUSUK’’ dan macam-macam lagi la..haha..kami diberi briefing dan di ingat kan supaya membetulkan niat kami, dan dilarang cakap yang bukan-bukan..sebelum bermula, member aku Zaqwan(kepeng) membaca doa selamat... kemudian kami semua dibawa ke dalam hutan, setibanya di suatu tempat kami diarahkan tidur, sambil dilepaskan seorang demi seorang, aku yang ke 62..lame giler nak menunggu giiran aku tu..aku tertidur..sedar-sedar jam dah pukul 3.30 am..aku terbangun sebab sakit perut, aku tengok di depan aku tinggal 3 orang lagi..ni maknenye giliran aku hampir tiba,tapi sebelum tu aku pergi toilet untuk menunaikan hajat..hehe..lepas tu aku kembali ke markas dan tiba la giliran aku..peh, cuak jugak la aku mula-mula.. tapi konon nak cover macho,jalan jugak la dengan tenang..perhentian pertama aku da mula dengar bunyi yang tak sepatutnye..haha..tapi aku relax lagi,terus kan perjalanan dengan tenang dan selamber..hehe.. perhentian seterusnye, aku nampak 2 orang terbaring tengah jalan..sorang pakai kain hitam, sorang lagi selubung dengan kain putih..Alamak!! mambang sampai..haha..aku tengok je dan buat tak tahu je..tapi mambang tu berbunyi ‘’busut....’’ aku pun jawab ‘’jantan...’’haha.. aku meneruskan perjalanku..sehingga di suatu tempat, aku terdengar bunyi macam orang bergaduh..aku jalan depan sikit dan terserempak dengan Encik Hisyam dan member number 60,Encik Hisyam cakap dengan aku ‘’number 61 tak sampai lagi,kamu potong dia ke..’’aku da pelik,setahu aku aku tak jumpa siapa-siapa pun..aku teruskan perjalanan..sampai dipangkalan, aku tengok number 61 ada je, dah sampai da pun..rupenye gimik je..haha.. tiba di satu pondok, aku terserempak dengan fesi..aku tak bagi password, dia tegur ‘’ko kenapa tak bagi pasword’’ aku cakap ‘’saya tak takut..’’ dia cakap ’’ko nak tunggu sampai jumpe hantu baru nak bagi pasword’’ haha..sampai je fesi suruh tidur..tidur atas batu pun rasa macam tidur atas katil beb!! Keesokannye,baru aku tahu, ada macam-macam gelagat time NIGHTWALK tu..haha..ada yang sepanjang jalan tu sebut ‘’pasword..pasword..pasword..’’ sampai ‘’busut’’ tu pun dorang lupa..haha..ada yang sebut ‘’allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..’’ sepanjang jalan..haha..ada juga yang lari macam USAIN BOLT..haha..  

ORIENTEERING


Activity orienteering activity best bagi aku.. activity ni kami dapat belajar cara menggunakan compass dengan betul..kalau tak betul,tak dapat la cari checkpoint nye....aku dapat belajar lukis peta..kira distance, bearing... tapi checkpoint nye senang Nampak..haha..tapi enjoy jugak la..lepas tu kami tukar map dengan kumpulan 3,kami kena cari dan check dorang punya map betul ke tak..sesat gak la kami..haha..tu maknanye, dorang nye bearing atau distance tak tepat...

CAMP CRAFT


Macam biasa la, camp craft mesti berkaitan dengan khemah...kami kena kemas khemah-khemah yang ada..masa tu pulak, hari dah nak ujan,so, kami diarah kan untuk membuat longkang pada setiap khemah supaya air dapat mengalir,so tak banjir la...penat wei...


camp craft time...

MANAGEMENT GAME


Management game ni, antara activity yang aku suka..kumpulan 3 dan 6 berlawan,bukan lawan pe..lawan game tu ler..siapa kalah kena denda..tu yang best tu..haha..antara activity nye, pindah kan air dari sebuah Negara ke Negara lain, yang ni team aku tak dapat fikir macammana cara nye..soo,tumpah la air tu....activity seterusnya yang kami buat ialah, TRAFFIC JEM...ni pun best gak, kami diberi checkpoint mula dan tamat,kami kena bekerjasama dengan menggunakan stoking sahaja untuk sampai ke destinasi dilarang memijak simen..masing-masing buka stoking,korang faham-faham la, comfom bau menusuk kalbu..baik lelaki atau perempuan,sama je..haha..tapi nasib baik la aku pakai stoking baru..stokin beli kat uptown tu..haha..stokin aku jugak banyak membantu pasukan aku,sebab stoking aku yang paling panjang..hahaha..so,dorang kena berterima kasih kat aku..hahaha..lepas tu,aku ada game lawan lagu iklan..macam tu la agaknye nama game tu..haha..game belum start lagi aku dan membe aku dah fikir pe denda nak bagi..haha.. time ni team aku menang, so, team 3 kalah dorang kena denda..dorang kena jalan itik sambil buat ‘’Beerrrrrr’’ yang iklan coca cola tu..haha..


team aku, team 6....champion!!!

dalam perjanan pulang ke camp site, selepas management game...

SECOND DAY AT BUKIT CHERAKAH

 7 AUG:- 

5.30 AM, kami sudah bangun untuk solat subuh... jam 7.15am kami ada activity Malaysia Cergas..macam biasa kalau activity pagi-pagi ni, senamrobic laa.. selepas semua berpeluh, kami pegi sarapan..selepas tu,dalam jam 10.00 am, kami ada activity MANAGEMENT GAME,selepas tu, dalam jam 11.30 am, activity kami CAMP CRAFT... habis semua activity, sampai la masa yang ditunggu-tunggu,, Lunch Time!! Lepas penat buat activity,perut pun dah berbunyi,dengan harapan dapat makan yang sedap-sedap... memang sedap makanan yang dimasak oleh kumpulan 3 & 6 (team aku tu)..hehe.. menu kami, ikan kembung masak kicap,, nasi Mentah..!! haha..peh, tak ada jual kat kedai biasa woo..bersyukur la korang dapat rasa, orang lain tak dapat...ikut hati tak nak aku makan, tapi kawan-kawan da penat masak, makan jugak la sampai licin..terima kasih untuk kumpulan yang buat menu lain dari yang lain tu..hehe..activity petang kumpulan kami, ORIENTEERING.. tamat activity orienteering, kumpulan kami special sikit, kami di bawa ke Empangan Air Kuning.. Lepak Time..!! hehe time ni la kami dapat rehat,tidur..tidur kejap pun rasa macam lame giler da...jam 6.30 pm, kami dibawa pulang ke camp site..jam 7.30 pm, kami semua menunaikan solat maghrib berjemaah...activity malam kami di teruskan dengan activity First Aids...sebelum tu,kami di kumpul kan di tapak pasir, sebelum kami memulakan activity First Aids tu, lecture dari Insted dan lecture dari Jengka marah, di sebabkan ramai student yang melanggar arahan, seperti tidak memakai topi, wisel, name tag, sedang kan mereka tahu bahawa benda-benda tu sume penting.....oleh sebab tu, kami semua diarah kan meniarap diatas pasir, sambil berguling-guling..peh... kotor baju beb...tapi,,best gak sesekali kena macam tu, enjoy beb!! Sambil kami berguling, biro peralatan diarahkan mengambil Live jaket..kali ni pun aku ingat kami akan kena rendam,,  tapi tak jugak..gimik je tuu...hehe..kemudian, berjalan la activity seperti yang dirancangkan iaitu FIRST AIDS.. .dalam kul 12.00 am, fesi memberitahu,selepas nie boleh rehat, aku dah suke da wey,,tapi tu gimik je rupanya.. kami kena lakukan activity seterusnye,, iaitu NIGHT WALK...

ICE BREAKING


Macam biasa lah, firstday mesti berkenalan dengan budak baru..kami disuruh buat satu bulatan besar, kami kena ingat semua nam student,asal dari mana.. peh.. memory aku da la 1GB je..haha,, tapi, aku anak melayu,,Eden torai..!! tetapi, sebelum permainan tu bermula, ada satu incident yang tidak diingini berlaku, aku tak nak la cerita..biar budak-budak yang ada je tahu.. tapi aku faham, ni mesti misunderstanding je.. oleh sebab tu, Encik Hisyam marah dan kami semua diarahkan pergi ke kolam yang terletaknya tak jauh dari situ..setiba nya aku di kolam tersebut,otak ku mule berfikir ‘’tak kan first day dah nak kena rendam..! adoi!.. aku orang first yang kena turun ke bawah (kolam), aku ingat fesi nak suruh aku masuk dalam kolam,,rupanya suruh basah kan ketiak je...haha,, buat suspent je..walaubagaimanapun,, Alhamdulillah.. lepas tu, kami sambung activity yang tergendala tadi..


FIRST DAY INTRO CAMP

6AUG 2010:- 

Pagi-pagi sampai di stor kenanga  dalam jam 9.15 am, aku tengok baru berapa orang je yang ada.. separuh lagi tak sampai..Fesi insted da mara kami, sume muke da cam cuke.. dari jam 9.30 am masa dijanjikan, jam 10.30 baru la lengkap semua budak shah alam.. yang aku tahu,, biasa la kalau budak-budak ni datang lambat ckit, standard budak sukan..haha..tapi walaubagaimana pun, diharapkan semua budak sport berubah la...haha..aku ingat da tak ada masalah, rupenye ada lagi.. Fesi nak bahagian kenderaan cari lori untuk angkut barang ke Bukit Cherakah..bahagian kenderaan aku dengan Nasril pegi unit kenderaaan, slow talk, akhirnya dengan belas ikhsan dorang, kami dapat pinjam 1 van.. Dalam jam 12tgh, budak-budak jengka pun tiba dengan 2 bus.. First impression aku dekat dorang,dorang berlagak..ye ar, turun dari bus tak tegur kami pun...Lepas sembahyang jumaat, perjalanan kami pun bermula, dengan melangkah kaki kanan ke dalam bus menuju ke destinasi..apabila tiba di camp site, fesi briefing, then kami dibahagi kepada kumpulan.. Aku dalam kumpulan 6, budak shah alam dalam kumpulan aku, aku(amyrul), Hizami, dan Farhanin.. selebih nya budak UITM jengka, Nia, fana, shu, zaki, nabil, sase, muaz dan zizi.. selepas diberi kepada kumpulan, kami di beri tugas pula, setiap kumpulan ada tugas masing-masing.. kumpulan aku diberi tugas untuk menyediakan khemah peralatan.. ha.. macam senang, kami diberi mase 1jam untuk mendirikan khemah.. dengan penuh semangat kami pergi ke lokasi dimana khemah peralatan ditempatkan..first, aku buat simpulan manok,,ok menjadi..di pokok lagi 1, aku buat manok,alamak,lupa buat butterfly,bukak balik..sejam berlalu,khemah peralatan tidak juga siap..nasib baik bukan kumpulan aku je yang tak siap, banyak lagi kumpulan yang tak siap..fesi beri mase lagi sejam, kami buat lagi..selepas sejam,khemah masih tak didirikan lagi..akhir sekali,dengan sedikit bantuan fesi, berdiri jua kjhemah peralatan yang dikehendaki..aku akui silap kami pada mulanya kerana tidak bertanya pendapat fesi,,tetapi, banyak sangat minta pendapat fesi juga tak elok..kerana lain fesi lain pendapat.....akhirnya semua khemah siap dibina..Cuma khemah pusatada masalah kerana lampu tidak dapat dihidup kan,,biasa la,kami budak sukan bukan engineering..hehe..


Hari semakin gelap, itu menandakan malam hampir tiba...bila malam, macam biasa makan time..! haha..masa makan, ni pun salah satu pengalaman baru bagi aku, kami makan dalam dulang  beramai-ramai,tapi mengikut kumpulan.. satu kumpulan 2 dulang.. bagus benda ni sebenarnya dapat merapat kan ssilaturrahim sesama manusia..sedap jugak budak-budak sukan ni masak rupanya..hehe.. setelah selesai activity makan, tiba lah ke activity seterusnya iaitu solat isyak dan bacaan yasin.. semasa activity bacaan yasin nak bermula, aku  ingat kan kawan aku sorang ni main-main, dia cakap dia nak baca yasin guna microfon..bermula la sudah bacaan..tidak aku sangka-sangka kawan aku Zaqwan Ahmad(kepeng) muke ganas, baca yasin, peh..syahdu gilerr.. terpegun budak-budak laen.. tahniah kepeng, ko telah membuka mata diorang semua..betul cakap orang,muke ganas tapi dalam hati ada taman..hehe..then kami ada activity ICE BREAKING, kemudian ada kelas knotting sekejap..time class knotting ni semua student mate dah macam 1oo tan berat nye..haha..selepas class knotting,dalam kul 4.30, kami semua diarahkanbalik khemah untuk berehat sebelum menjalani hari-hari yang mendatang..tapi malang bagi team aku, kena bertugas,,Aaarrghh! Tak dapat tidur lagi..tapi tak lama kemudian jam pun dah jam 5,dapat la tidur kejap..peh.. baru aku tahu nikmat nye walaupun tidur setengah jam..


setiba nya di Bukit Cherakah....



mendirikan khemah peralatan...


semangat kerjasama yang kuat...



tangga tak ada..haha..

COMPASS MARCHING & READING MAP

4 AUG 2010:-  
BK12-8.30-12.00 PM
Sepatutnya hari ni, dalam jadual kami kena pegi berkayak dekat SHAH ALAM LAKE GARDEN, tapi kami tak pegi sebab Bus tak ada..! lambat mohon.. soo, salah siape?? Salah diri masing-masing.. so, bus tak dapat, kami tak pegi la.. kami buat compass marching.. compass marching pun compass marching la.. syok gak.. pas belajar ni aku dapat belajar sikit-sikit la pasal compass ni..paling tak pun taw anatomy compass pun jadi laa..haha..


ni la compass.....

Sunday, August 22, 2010

FIRST AID (THEORY & PRACTICAL)

28 july 2010:- 
BK16-8.30-12.30 PM
Awal pagi ni dah buat aku bad mood, ye ar aku datang class lambat, Encik Hisyam da tutup pintu class tak bagi aku, hizami, faeezad dan hamzah masuk class. Nasib baik Encik Hisyam dengar penjelasan hamzah.. kami lambat sebab teman hantar hamzah pegi Pusat Kesihatan sebab kaki dia injured.. Class hari ni kami belajar cara menggunakan, dan ikatan Triangular Bandage..partner duet First Aid aku, si kecik dari sabah Evenezer (Edo).. ni ada sikit gamba pesakit-pesakit yang di rawat oleh First Aider yang baru.......










CAMP CRAFT



21 july 2010:- 
AT KENANGA 8.30-12.00 PM
Time ni aku datang dekat kenanga pakai seluar jeans, aku tengok sume budak-budak pakai tracksuit, Cuma aku dengan sirul(kaci) je pakai jeans...pe lagi, Encik Hisyam suh aku tukar, dengan menggunakan motor Lagenda merah aku,aku segera balik ke PerinDu INN, dengan keadaan yang agak kelamkabut dan nak cepat, aku main amek je baju membe aku yang tersidai kat  locker dia..haha.. mase camp craft ni, bagi aku, ni pengalaman baru aku..aku belajarbuat khemah pusat, dirikan khemah penempatan, belajar ikatan, bila nak gune butterfly, bila nak guna manok, potong kayu nak buat pancang,pasang khemah dengan betul...

KNOTTING CLASS



14 july 2010:- 
BK16-8.30-11.30 AM
    Dalam knotting class ni baru kami tahu, ada macam-macam jenis ikatan.. Yang kami belajar  dalam knotting, ikatan Reef knot / square knot, Double sheet bend, Single sheet band, Bowline, Single bowline, Clove hitch, Figure eight,Figure eight lope, Figure eight double loope, Butterfly knot, Fisherman knot..






















      INTRODUCTION CLASS

      7 july 2010 :- 
      BK16 – 8,30-11.30 AM
      Ni 1st class outdoor recreation kami...dalam class ni kami dapat belajar apa makna REAREATION.. Recreation bermaksud Activity, Leisure, No reward, dan Personal satisfaction.. dalam intro class ni, kami di beritahu yang kami akan mengadakan 1st kem dan seterus nye final kem..dari sini markah akan di ambil..