Wednesday, January 12, 2011

24-11-2010 Karisma UITM



SKUAD SEPAK TAKRAW UITM SHAH ALAM

kARISMA nie game antara campus yg ada dalam UITM seluruh malaysia..

Dari sini La dorang Select For UITM MALAYSIA for game MASUM..

MASUM plak lawan antara U yg ada..

17-10-2010 Sabak Bernam open





nie piC timE kat sabak bernam.. Dari kanan, saiful, shahril ( rangga), aku..

nampak dalam pic , ada pokok kelapa sume, tapi yang turun kat game ni sume bley tahan KERASSS !! sakit Der gua nak menghadap dorang baru dapat johan.. ALhmdulilaH.. Rezeki..

Thursday, October 21, 2010

NAVIGATION

solat subuh,masa ni kami dapat pujian dari Encik Hisyam... tetapi masa aktiviti malaysia cergas, rakan ku zaki dari jengka terlawan cakap Encik Hisyam, dan Encik Hisyam marah dan menyuruh zaki mengambil PFD dan kemudian direndam di kolam ikan..semasa zaki direndam, kami meneruskan aktiviti malaysia cergas dengan mood yang tiada.. selepas aktiviti ni, kami sarapan,tapi time sarapan pun kena marah...aduyaiii... kemudian kami meneruskan aktiviti Navigation... aktiviti ni tak banyak sangat dapat aku kongsi...navigation, majoriti dari kami semua da ada basic menggunakan kompas, semuanya jadi senang la..kami guna 3 tempat check point.. cam biasa, semuanya berjalan dengan lancar..haha.. aktiviti ni abis pada jam 10.30 pagi..tak sampai 2 jam pun..haha...

SURVIVAL

Survival…bunyi pun da menyeramkan..hehe..kami adalah pasukan yang pertama menjalani aktiviti ini…perasaan ku sudah tidak sabar lagi..hehe..sebelum memulakan aktiviti survival ini, kami di beri taklimat oleh Encik Shariman.. dan kami di beri duit sebanyak RM950 untuk membeli barang yang di jual oleh Encik Shariman sebagai bekal kami semasa kami di hutan nanti.. yang aku ingat senarai barang yang dijual seperti :

Telur sebiji RM 50
Air 2 botol RM 100
PFD 2 RM 100
Garam RM 50
Gula RM 50
Beras RM 100
Mastin RM 50
Lamp gas RM 100
Mancis RM 50
Lilin RM 50
Transport RM 100
Flyshet RM 100
Parang RM 50

Pasukan aku Sungai Gabai berbincang sesame sendiri dan masing-masing memberi pendapat..pada mulanya kami membeli telur, air, beras, mastin, flysheet, garam, lamp gas, parang dan mancis… kami bergerak menuju ke lokasi tanpa transport, perjalanan tidak la begitu jauh.. tetapi, setibanya kami di lokasi, kami di beritahu bahawa, jika tiada PFD tidak di benarkan pergi mengambil air di tasik…kami ber bincang dan kemudian kami memutuskan untuk menukar barang dengan Encik Shariman, kami menukar lamp gas bersama PFD… PFD kami tiba petang,.

Setibanya kami di lokasi, kami terus membahagikan tugas, yang perempuan cari kayu api, yang lelaki turut membantu cari kayu, dan membersih kan kawasan dan mendirikan khemah..semasa aku pergi mencari kayu, aku terjumpa akar dahan yang boleh dijadikan tali..Alhamdulillah, dengan adanya tali tu, ianya memudahkan kami untuk mendirikan khemah.. kami siap mendirikan khemah pada jam 12.30 tengahari, khemah yang cukup simple, berbumbungkan flysheet, berlantai kan daun pisang…kami berehat dan solat zuhur bergilir-gilir.. kawasan kami tu memang laluan kambing..ada banyak kambing di kebun sebelah..

Apabila Encik Shariman memberi PFD pada kami, kami terus mengambil air di tasik itu untuk membuat air minum…. Air yang kami masak kemudian aku minum, dan terasa la nikmat nya air berperisa asap…haha.boleh la..dari tak ada air…ada 1 lagi pengalaman baru bagi aku, Hannul menyuruh aku menebang pokok pisang, kemudian dia memperkenalkan makanan baru bagi ku, umbut pisang.. tak penah aku makan, tapi boleh tahan juga la.. boleh dijadikan snek..haha..semasa mengambil air di tasek, aku mandi air tasik tu, dengan menggunakan baldi..nikmat nya bila dapat mandi..

Hari makin petang, kami masak air untuk di minum dan untuk masak bubur..dan kami mencari kayu api lagi.. kami menjumpai pokok kelapa yang dah mati, aku, rashdan, dan samsudin serta syazwan berusaha menebang pokok itu.. dengan tenaga yang ada, kami Berjaya menjatuhkan batang kelapa itu… aku rasa bekalan kayu api kami dah mencukupi, sebab da banyak..pada jam lebih kurang 6.30 petang, Encik Hisyam, Encik Azizul, Encik Shariman dan fesi-fesi datang dan melihat khemah kami…

Hari makin gelap, tiba-tiba fesi datang ke tempat kami dan mengarahkan kami berpindah lokasi..peh!! aku tergamam sebentar, dan aku mula mara-mara..tapi, bila di fikir kan balik,mungkin mereka nak memberi kami pengalaman… kami pun bergerak bersama fesi denga membawa barang yang perlu sahaja.. kami hanya dapat bawa barang-barang alatan, kayu api sikit, dan daun pisang..aku tidak sempat menjamah bubur yang dimasak oleh Hannul..

Setibanya dilokasi baru, kami terkejut kerana melihat persekitaran kami yang penuh dengan lalang, dengan hari yang makin gelap menyukar kan kami untuk kayu api dan mendirikan khemah.. aku terdiam sebentar sambil memikirkan bagaimana untuk mendirikan khemah dengan alatan yang tidak cukup..akhirnya aku dan rakan-rakan bersetuju untuk mendirikan khemah yang agak biasa tapi masih lagi okey…akhirnya khemah siap dibina, walaupun tak seberapa, tapi kami berbanga kerana dapat menyahut cabaran yang di beri..sambil kami mendirikan khemah, rakan kami yang lain membuat unggun api… kemudian aku menebas lalang di sekitar supaya kawasan aku selamat dari binatang…sementara itu, rakan ku ada yang pergi mencari pelepah untuk dijadikan kayu api…
Aku tak tahu sudah jam berapa, aku terus berjagasementara ada ai kami yang tidur..mungkin sebab mereka penat…tak lama kemudian rashdan bangun, aku pula baring dan terlelap..kemudian aku terjaga, aku melihat rashdan, samsudin, dan syazwan sedang menjaga api dan mencari kayu api.. aku turut bangun dan menolong mereka…tak lama kemudian, rashdan, samsudin dan syazwan tidur, tinggal aku sorang menjaga api..
Sampai satu ketika semua ahli kumpulan ku bangun, kami sempat berborak dan aku dengan meg, pergi mencari kayu api di kawasan berdekatan..tiba-tiba aku ternampak beberapa orang, aku da tahu tu fesi, aku bagi password `kuda terbang` 3 kli tapi tiada respon..patut pun dorang tak jawab, aku bagi password penuh, patutnya aku bagi `kuda` je..haha

Hari makin sejuk dan malam makin nak subuh.. kami bergilir-gilir menjaga api..matahari sudah naik, dalam kiraan aku, jam lebih kurang jam 7 pagi, masing-masing tak sabar nak balik..tapi Encik Shariman tak sampai lagi..sementara menunggu, aku dan samsuddin pergi ke kawasan sekitar, dan menjumpai buah kelapa 2 biji, itu la jadi sarapan kami… Encik Shariman muncul pada jam8 pagi,kam dibawa pulang ke camp site dengan cenderahati yang nyamuk bagi pada kami…..

HAI LEMAK MANIS

game ni di beri nama lemak manis..mula-mula.. kami kena pergi mencari petunjuk..petunjuk pertama bertempat di pokok dan di bawah pelita..kemudian kami cari klu kedua... seterusnya ke 3,kami tak tahu di mana hendak di tuju, muncul seorang nenek yang agak menyeramkan..haha..kami memenuhi permintaan nenek tu, dan kemudian nenek tu memberi klu kepada kami, dan klu tu membawa kami kepada orang yang banyak berjasa.. kami pergi ke pensyarah jengka,kami memenuhi permintaan beliau, tapi akhirnya kami salah orang.. aduh..frust nya... kemudian kami terfikir Encik Azizul..kami pergi berjumpa Encik Azizul, dan Hazwan membuka pantun dengan penuh bergaya..tetapi,pabila Encik Azizul ingin melihat wisel, tapi sayang ada seorang anggota kami tidak ada wiselnya..selepas dia mendapat kembali wiselnya, kami pergi semula berjumpa encik Azizul..dan akhirnya kami berjaya mendapat klu seterusnya..klu kali ni, kena pergi berpantun dengan fesi...di sini kami banyak buang masa... tapi pada jam 5 pagi, kami berjaya meneka dengan tepat.....akhir sekali klu kami pergi ke suatu tempat dengan bantuan coordinat yang diberi, kami menemukan hasilnya walaupun susah di dalam tanah....tapi kami berjaya jua...

CAMP CRAFT

Setelah balik dari survival dengan perut yang lapar, kami makan bubur yang dimasak oleh kawan-kawan ku... Thanx my friend..!! aktiviti kami pagi ni adalah camp craft... tak la susah sangat..hehe..Cuma kena buat longkang di khemah pusat dan khemah masakan, buat ampaian untuk camp lelaki & perempuan, dan tolong ahli memasak...yang aku suka masa camp craft ni, perut kami sentiasa terisi..hehe.. puan Aini baik orangnya..hehe..

TUGAS AKU BIRO MAKANAN

Untuk final camp kali ni, aku sebagai ketua biro makanan dan di bantu oleh rakan baik ku Hizami.. Masa aku dapat jawatan ni, aku da pelik, yela tak kan la biro makanan dua- dua lelaki... aku da la tak tahu sangat pasal makanan ni..makan aku tahu la..haha.. tapi aku terima cabaran ni.. pengarah program menerangkan dengan lebih lanjut tentang tugas aku.. tugas aku nanti adalah sediakan air untuk final camp, cari catering, buat menu makanan, buat jadual sentri untuk sarapan... ni antara tugas-tugas yang aku kena buat..
Kemudian aku diberikan number telefon biro makanan Jengka iaitu Hannul.. Selepas dapat number fon, aku mula berurusan dengan dia.. kami membahagikan tugas , Shah Alam sedia kan air, Instedt pula bawa beras, manakala Jengka menyediakan bahan mentah dan barang dapur.. kemudian Jengka memberitahu barang dapur yang mereka tidak ada dan kami bantu.. seperti dapur 1, tong gas 1, bekas air 1, dulang 4,cawan dan mangkuk..


23/09/2010 – Khamis

• Malam, saya dan hizami berbincang tentang menu makanan yang akan kami masak ketika di kem nanti. Setelah siap menu tersebut, kami menghantar kepada biro makanan jengka untuk mendapat persetujuan dari pihak mereka.

27/09/2010 – Isnin

• `deal’ dengan catering untuk memastikan tempahan semasa kami di kuarintin di kenanga. Kami memberi akak catering menu yang kami perlukan semasa di kuarintin.



30/09/2010 – Khamis

• Kami datang ke gerai akak catering untuk menanyakan `budget’ untuk makanan yang kami tempah.
• Setelah diberitahu budget makanan, kami memberitahu pada pihak Jengka tentang harga makanan.
• Kami di beritahu dari pihak Jengka bahawa mereka memerlukan dapur,tong gas, bekas air, cawan, mangkuk dan parang pemotong daging.
• Kami bergegas ke stor untuk periksa barang yang diminta oleh pihak Jengka.

01/10/2010- Jumaat

• Kami diberitahu bahawa ada penambahan untuk catering. penambahan untuk student degree serta PLK.
• Kami bergegas berjumpa catering yang menguruskan makanan kami untuk memaklumkan penambahan student.
02/10/2010- Sabtu

• Kami mencari maklumat dan menyediakan resepi atau cara-cara memasak. Kami juga menyediakan sentri untuk kumpulan yang bertugas untuk memasak sarapan.

04/10/2010- Isnin

• Kami dapat maklumat dari pengarah Shah Alam berkenaan VIP yang akan hadir pada malam perasmian dan penutup.
• Kami berbincang dengan catering untuk membuat kelainan pada VIP.

05/10/2010- Selasa

• Kami berhubung dengan catering untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
• Kami memeriksa barang dapur di stor untuk memastikan barang yang diperlukan semasa di Gopeng Lengkap.

06/10/2010 – Rabu

• Kami menerima duit untuk deposit catering sebanyak RM 1000, manakala untuk membeli air di beri RM 500
• Kami bergegas ke destinasi yang diarahkan untuk menyerahkan amanat.
• Kami membeli barangan minuman di kedai 99speedmart di seksyen 7 dengan bantuan Rashdan yang membawa kereta.
09/10/2010 – Sabtu

• Setibanya kami di Gopeng,kami beri kepada pihak Jengka barang-barang yang diminta.
• Kami mengemas dan menyusun barang-barang di tempat yang disediakan.
• Kami menampal resepi, jadual sentri sarapan, serta menu harian kami sepanjang di Gopeng.
13/10/2010 – Rabu

• Pagi, kami mengasing kan barang- barang sambil membuat kiraan semula melalui check list milik Jengka, Shah Alam dan Instedt.
• Setibanya di Shah Alam, kami `loading’ barang dari lori.

14/10/2010 – Khamis

• Setelah selesai semua, kami memasukkan barang- barang dan membuat check list sekali lagi sebelum kami simpan barang ke dalam stor.
• Kami membayar baki catering untuk student diploma sahaja.
• Kami memulangkan duit baki pembelian air yang kami beli pada 06/10/2010 kepada bendahari iaitu Balqis.